Sunday, October 23, 2016

Bell's Palsy Yang Baru Kukenali

Rutin harian kehidupan aku berjalan seperti biasa. Tapi 3 minggu yang lepas aku merasakan satu kelainan. Apa yang kemakan, tak rasa apa-apa. Yang aku fikirkan ialah... mati. Terus aku terbayangkan anak-anak aku yang masih kecil, yang belum tau mengurus diri. Tambahan lagi Amni yang masih BF. Air mata mengalir... Ya Allah, panjangkanlah umurku ini...

Tiada kita mengetahui tentang apa yang akan terjadi dalam kehidupan, pada diri kita. Dah 2 minggu kini aku bercuti sakit apabila Bell's Palsy ini datang mengunjungi aku. Sebenarnya aku baru pertama kali dengar pasal sakit saraf.

Seminggu sebelum muka aku mula menunjukkan perubahan, lidah aku terasa kebas. Aku biarkan saja nak fikir mungkin sebab terminum air panas or makan sesuatu sampai jadi macam tu. Tak rasa apa-apa. Tapiyang peliknya hanya sebelah kiri sahaja. Aku kerja macam biasa, sebab takde pulak rasa sakit kat mana-mana.

Sempat pulak jadi join group puspanita masuk pertandingan deko kek anjuran Empower ECER ni. Dapatlah lah group kami Naib Johan. Haaa... masa nie la aku baru perasan perubahan kat muka aku.


Cuba tengok dekat-dekat... Aku mula perasan bila kami dok gelak-gelak mendeco. Tetiba terasa senyumku senget... eh... dah kenapa... Balik rumah, bila nak berkumur, air tersembur keluar dari mulut kiri. Tapi aku masih tak ke klinik lagi. Keesokkan harinya, ada Hari Sukan Negara kat padang. Aku macam biasa bawa anak-anak kesana, tambahan lagi Hariz pulak ada aktiviti kat sekolah.

Dan bermula situlah, mataku asyik berair. Aku rasa tak selesa sebab pandangan asyik kelabu dan jugak silau. Tak dapat nak buka mata. Balik rumah, aku mula meng google kenapa mata berair dan lidah kebas. Akhirnya aku jumpa pasal Bell's Palsy. Aku syak memang sakit nie tapi masih tak terus ke klinik lagi. Dan masa tu la aku baru membelek-belek muka dan penampakan kesengetan muka aku nie. Keesokkan harinya barulah aku ke klinik dan disahkan menghidap Bell's Palsy. Doc cakap jangan risau sangat sebab bukan stroke tapi ianya kelemahan pada otot muka.

Aku diberi ubat dan juga cuti. Doc tak bagi berurut. Hanya makan ubat yang diberikan secara berjadual, Insha Allah boleh baik. Paling kurang 2 minggu katanya... bergantung pada seteruk mana yang kena tu.

Dalam pada makan ubat aku juga wat senaman untuk muka. Yang nie aku baca kat sini. Bagi korang yang tak tahu pasal sakit nie.. ianya boleh terjadi pada sesiapa sahaja. Bahkan pada kanak-kanak juga tapi peratusannya kecil. Puncanya tidak diketahui. Bagi wanita ianya mudah terjadi pada mereka yang baru lepas bersalin/menyusukan anak, haid dan juga stress. Korang nak nak lebih info kat boleh pergi kat blog ni.

So, jangan stress sangat la yer.. tambahan lagi kalau dah kena macam nie. Alhamdulillah, sokongan famili dan kawan-kawan banyak membantu. Bina keyakinan diri. Tapi aku cuti 2 minggu nie bukan lah sebab tak yakin nak berdepan dengan orang. Aku keluar macam biasa juga, tapi sekejap-sekejap dan pakai spek itam uoll. Dah kerja aku memerlukan aku bercakap banyak dan berdepan ngan orang ramai, takkan la aku nak pakai spek itam kot sepanjang dok kaunter.. pastu bercakap banyak sangat nanti meleleh air liur, sambil mengelap air mata. Dah kenapa budak nie kan... Hahaha....

Oh ya, lagi satu nak pesan. Jangan tertedah terus pada cahaya/cahaya matahari dan angin. Sebab tu aku pakai spek tu. Tapi itu pun masih terasa gak pedihnya. Jangan juga makan benda yang keras-keras. Tidur pulak pastikan tutup mata tu dengan penutup mata atau apa-apa yang boleh lindung mata. Sebabnya, mata yang terlibat ngan saraf tu tak boleh ditutup dengan sempurna. Ianya terbuka. So takut nanti waktu tidur masuk habuk ke apa, nanti dapat jangkitan lain pulak. Jangan tutup sampai tekan kemata yer, ala-ala tak jer. Senang-senang korang beli jer la penutup mata tu. Nak cuci muka ke shampoo ke pun korang kena tutup mata guna perlahan-lahan guna jari (macam dalam pic senaman nie)


    

Jadi tak la masuk sabun dalam mata. Macam aku masa mula-mula kena tu. Haru jadinya....

Itulah sedikit perkongsian aku pasal Bell's Palsy nie. Aku sekarang masih dalam proses penyembuhan. Belum baik sepenuhnya lagi tapi menunjukkan tanda-tanda positif untuk sembuh. Sedikit demi sedikit. Insha Allah semoga sakit ini terus hilang dan takkan datang berkunjung kepada aku lagi dan juga ahli keluarga aku. (penyakit nie tak ikut keturunan yer).

Doakan aku cepat sembuh. Terima kasih......

No comments: