Sunday, November 28, 2010

Rama-rama dilepaskan

Tertarik aku untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana rama-rama ini dilepaskan kedalam taman



Mengikut kata pemilik taman nie, rama tu hanya dapat bertahan dlm keadaan begitu hanya dalam masa sehari, jadi ianya perlu dilepas bebaskan dengan cepat


kesian lak tengok keadaan sebahagian rama-rama yang lemah apabila dikeluarkan

Saturday, November 27, 2010

Barang Lama

Tin susu n bijirin dari pelbagai tahun (x pasti thn bila). Aku xsempat ngan thn benda nie wujud or mungkin masih kecil utk ambil tahu). Kan lagi cantik kalau pemiliknyer menyimpan n mengusun perubahan demi perubahan setiap darinya

I like high heel putih nie, tapi nie old stlyle n terlalu
tinggi untuk aku. Gayat.

Seratus ringgit dan Sa-Puloh ringgit tu ditandatangani oleh gabenor yang sama. Tapi kenapa ejaan nyer lain-lain yer... kena tanya DBP waktu tu :)

Unik botol susu nie

 Antara koleksi ubat gigi rasenyer ade yang dah tak di keluarkan lagi

Thursday, November 25, 2010

Kisah 1,2 dan 3

 KISAH 1

Hari cuti macam nie banyak kerja-kerja rumah yang nak buat. Mengemas, membasuh, memasak. Semua kalu boleh nk settle cepat, coz time nie gak time ngan famili, makan bersama, bersembang, berkongsi cerita, berjalan-jalan, bermesra. Tapi bilamana sebelum tengah hari semua keje2 dah beres.....

"sayang, i nak keluar, member i baru jap call ajak keluar" 

"mama, along nk pergi rumah mira, nk wat homework sama2"


KISAH 2

Letihnyer dengan kerja2 di office, malam nie masak yang simple2 jer, usai makan n mengemas dapur, iron baju untuk esok.... masa untuk rehat n bersama yang tersayang

"rajin nyer anak mama study, jangan tido lewat sangat yer, selamat malam sayang"

" abg tengok cerita ape nie? cam best jer, abg tau, hari nie kan...... bla bla bla...."

senyap takde jawapan, dah tido... kesian, letih agaknyer.... selamat malam abang"


KISAH 3

Seronok sekali-sekala makan diluar bersama keluarga dan kawan-kawan.... balik umah nnt rilex jer..

"papa, hantar along kat rumah mira kejap bley tak, balik nnt mama mira hantarkan along balik"

"sayang, abang hantar sayang balik rumah dlu yer, abang nk keluar sekejap"



APE NAK BUAT?

- tambah anak, mungkin boleh
- tambah suami xbley (hahaha)
- boyfriend? bley, tapi xbaik menduakan suami, (sanggup ke menduakan insan tersayang) walaupn suami xtahu, tapi ALLAH itu Maha Mengetahui. Dekatkan lah diri dengan NYA. Itulah yang terbaik....

 

Sunday, November 21, 2010

Hari Keluarga Wook binti Haji Husin

Tarikh : 19- 20 November 2010
Tempat : Awana Kijal

Walaupun tak semua yang dapat menghadirkan diri, namun tetap berjalan dengan meriah. Disebalik kisah suka nie pun ade sedikit kisah duka. Salah seorang sepupuku menerima 20 jahitan dibibir dan dagu akibat terlanggar cermin sliding door ketika bermain-main di apartmentnya. Dapatlah tanda kenangan hari keluarga...


Pasang Banner
Dimulakan dengan games untuk kanak-kanak

Tiup Belon
Makan Nuget
Isi Air Dalam Botol



Budak berdua nie pulak buat keje dorang sendiri. Belum berkelayakan nak masuk acara. 





BBQ di malam harinya

Di pulak antara games untuk dewasa and suami isteri yang dibuat pada sebelah pagi

Mumia
Aci-aci Marjina
Lari Kelambu



Kenangan Bersama
Pasti lagi meriah kalau semua sekali ade. Acara ini dicadang kan untuk diadakan setahun sekali. Coz sebelum ini pernah dibuat sewaktu aku diusia belasan remaja. Aku harap kerjasama semua sekali untuk tahun yang akan datang. Ikutkan kerja seharian memang x abis. Luangkan lah masa untuk berkumpul bersama.
Cara begini dapat lebih mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Fikirlah sendiri.