Monday, October 31, 2011

Oktober Yang Bertuah

'10' yang bertuah untuk aku. Macam-macam tuah yang datang bergolek-golek dalam bulan Oktober nie


Samsung Champ nie aku dapat 'Grand Prize' masa Malam Keluarga Kelab Pedata sempena Hari Keluarga Di Pulau Langkawi pada 22 Oktober.



Ini pula si kecilku yang dapat pakaian kanak-kanak lelaki terbaik pada malam tu. Ape yang terbaik pun tak tau la, maybe sebab rambut pacak tu yang menarik perhatian juri. Hehe.. x pun sebab tgk aksi nie


Menari ntah ape-ape

Yang ini pulak aku dengan 2 lagi rakan yang lagi kat opis tu masuk pertandingan mencari kesalahan tatabahasa sempena Bulan Bahasa Kebangsaan. Yang bestnyer, kami bertiga top 3 ar, 1,2,3 kami sapu. Hehe...


Selain dari tu sempena bulan bahasa nie, aku juga mengambil kesempatan mengarang sajak.. Tapi dapat saguhati jer.. dah lama tak mengarang, keras jer rase bahasa....

Bulan Oktober nie jugak adalah bulan yang sibuk buat aku. Sampaikan xde masa nak ber blog nie... Terpaksa mencuri... mencuri  masa :)