Friday, September 16, 2011

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 54

Hari nie diadakan Sambutan Hari Kemerdekaan ke 54 peringkat daerah. Sambutan merdeka tahun nie di buat pada 16 September 2011 yang juga merupakan Hari Penubuhan Malaysia memandangkan 31 Ogos 2011 jatuh kepada 2 Syawal 1432H, hari kedua umat islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Memandang tahun nie tak masuk apa ape penyertaan jadi aku ambil peluang nie untuk balik kampung sbb memenuhi beberapa undangan perkahwinan, (ceh, konon, mcm la org penting). Tapi sebelum balik tu aku menghabiskan masa kurang seminggu utk design banner dan juga placard untuk pertandingan perakakan hari nie.

Dengan masa yang agak terhad tu masa sempat la juga aku design setakat yang termampu jer. Tu pun puas gak la menjelajah dalam google nie mencari contoh-contoh yang ada.

Ini lah placard yang sempat aku siapkan semalam.

Banner tahun nie tak sempat nak lukis, 'print' di kedai jer

Tahun nie tak de pemenang untuk setiap 1 kategori, pemenang dinilai dengan dicampurkan semua kategori. Tahun dulu-dulu ade la juga merasa tempias menang untuk placard n banner. Tempias jer la sebab tolong design kan jer... Melukisnya orang lain. Ape pun kalau menang tetap kemenangan bersama. Cuma tahun nie agak kurang bernasib baik. Cuba lagi tahun akan datang.