Saturday, January 10, 2015

Benci Tapi Rindu

Awak... awak kat mana
sms dan panggilan kita awak tak jawab
kawan-kawan kata awak tak balik rumah
kita risaukan awak

Awak... awak kat mana
kita dah siap masak
masak makanan kegemaran awak
kita tunggu awak datang ambil
tapi awak tak datang

Awak... awak kat mana
kita dah tempah tiket wayang
awak kata nak tengok movie nie sama-sama
tapi awak biarkan kita tengok sorang-sorang

Awak... awak kat mana
kita dah order makanan nie
makanan kegemaran kita bersama
kat restoren yang selalu kita berjumpa

Awak... awak kat mana
kita demam....
kita tunggu awak datang hantarkan ubat
macam selalu awak buat bila kita sakit

Awak... kita benci awak
sebab awak dah lupakan kita
Awak... kita benci awak
sebab awak dah tak nak kongsi cerita gembira ngan kita
Awak... kita benci awak
sebab awak dah tak perlukan kita tika awak sedih

Awak... awak kat mana
Awak... kita benci awak


*kita=saya

Saturday, January 03, 2015

Fikirlah Sendiri....

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; kemudian Kami jadikan 'pati' itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh; kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku, lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. Kemudian, sesungguhnya kamu sedudah itu akan mati."

(Surah Al-Mukminun: Ayat 12-14)

Entry pertama di tahun baru ini. Alhamdulillah. Mungkin ada yang tertanya kenapa tajuk entry macam tu kan. Sebenarnya malam tadi tengok Maharaja Lawak Mega, dalam dok gelak ketawa ngan lawak Sepahtu terfikir pulak pasal topik yang dorang wat tu. Betulkan, senang-senang jer orang buang bayi sekarang.

Tapi aku kat sini bukanlah orang yang cerdik pandai untuk menasihati orang lain. Cuma aku nak mengajak korang berfikir tentang tu...

Pernah tak terfikir yang bukan semua wanita (yang bergelar isteri) berpeluang merasainya indahnya saat mengandung, sakitnya sewaktu melahirkan dan kegembiraan saat melihat dan mendengar tangisan pertama bayi yang keluar dari rahimnya tu.

Pernah tak terfikir saat wanita itu, bertarung nyawa menahan kesakitan untuk melahirkan bayi yang datangnya dari benih kamu....

Pernah ke terfikir kesakitan dan pengorbanan itu pernah dilalui ibumu sewaktu melahirkanmu...

Dan pernah tak terfikir 'disana' nanti, bayi tu datang mencari kamu, bertanya apa dosanya hingga kau bunuh dan buangnya...... Ya Allah.....

video