Wednesday, June 16, 2010

Berpantang Kosong

Boring berpantang kosong camnie. Walaupn senang nak mengikut amalan berpantang tanpa perlu menjaga baby tapi rase kekosongan tu tetap ade. Rindu nk dengar tangisan baby.

Tapi walaupun xde baby kecik, masih tetap berjaga dimalam hari, bangun buat susu. Baby besar nie bertambah manja. Malam-malam asyik minta susu.... Dia lah pengubat hatiku..

Ade satu perkara yang aku tersentuh, bila adikku bawa anak isterinya yang dah abis pantang ke rumah mak, anak aku yang sulung tu pergi ke baby tu sambil usap pipi dan panggil "baby, baby". Yerla dalam usia yang baru nak mencecah 2 tahun, ape la yang dia tau perasaan aku waktu tu.

Walaupun, aku boleh menerima ape yang berlalu, tapi aku tetap manusia. Tetap tersentuh. Cuma aku tak boleh biarkan kesedihan mengusai diri. Takut bila kita lemah, ade yang mengambil kesempatan. Ingatkan Allah.

Saturday, June 12, 2010

Detik yang berlalu menjadi kenangan abadi

Alhamdulillah, aku selamat melahirkan bayiku tanpa sebarang masalah pada 5.20 pagi 30 Mei 2010 yang lalu. Aku meminta untuk melihatnya dan mengetahui jantina. Tersentuh hati aku apabila mengetahui yang bayi ku perempuan. Comel, putih, bibir merah, saling tak tumpah muka anakku yang sulung sewaktu lahir. Aku hanya menyentuh pipinya, bimbang emosi ku terganggu memandangkan aku masih berada dalam keadaan lemah, dan aku tak sanggup untuk mencuimnya kerana bimbang akan meraung disitu.

Aku bersyukur, sbb kelahiran ini secara normal, x perlu untuk 'induce' Aku mula rase sakit sejak pagi 29hb. Rase itu seperti seolah-olah dia masih ade. Besarnya kuasa Allah....

Ingatkan tentang hikmah serta sokongan semua menjadikan aku kuat untuk melalui hari-hari mendatang.