Saturday, June 12, 2010

Detik yang berlalu menjadi kenangan abadi

Alhamdulillah, aku selamat melahirkan bayiku tanpa sebarang masalah pada 5.20 pagi 30 Mei 2010 yang lalu. Aku meminta untuk melihatnya dan mengetahui jantina. Tersentuh hati aku apabila mengetahui yang bayi ku perempuan. Comel, putih, bibir merah, saling tak tumpah muka anakku yang sulung sewaktu lahir. Aku hanya menyentuh pipinya, bimbang emosi ku terganggu memandangkan aku masih berada dalam keadaan lemah, dan aku tak sanggup untuk mencuimnya kerana bimbang akan meraung disitu.

Aku bersyukur, sbb kelahiran ini secara normal, x perlu untuk 'induce' Aku mula rase sakit sejak pagi 29hb. Rase itu seperti seolah-olah dia masih ade. Besarnya kuasa Allah....

Ingatkan tentang hikmah serta sokongan semua menjadikan aku kuat untuk melalui hari-hari mendatang.

No comments: