Wednesday, May 30, 2012

Hari Ini dan 2 Tahun Lalu

Pernah dulu ku fikirkan
Tanpanya ku tak mengapa
Bila kau pergi ku rasakan
Pedihnya di hati
Baru kini ku tahu
Nilai hadirmu

Ku renungi kisah lalu
Saatku sentuh pipimu
Namun sedihnya kuterasa
Tanpa kau bersama
Ku harap kau disisi
Menemaniku

Kini aku mengerti
Untuk lebih menghargai
Semua yang diberikan
Adalah ujian-Nya
Akan tetap ku kenang
Kataku terhadap dirimu
Kataku yang kau tunaikan
Walau telah kau pergi

Andai waktu kembali
Kanku buangkan kata janji
Akan aku buktikan
Hadirmu kunanti
Tapi hanya harapan
Untukmu kembali semula
Akan aku jadikan
Kenangan Abadi

Saturday, May 19, 2012

Perkembangan Yang Baik

Alhamdulillah. Hariz kini semakin selesa tanpa botol susunya. Untuk menggalakkan dia banyak minum air,  aku buat air sirap, milo dalam botol air untuk bekalan di samping bekalan makanan ke rumah pengasuhnya. Kalau di rumah pun aku tetap sediakan dan letakkan kat tempat yang dia senang ambil. So bila dia penat atau dahaga dia akan ambil sendiri. Sebagai altenatif susu pulak, aku gantikan dengan makanan sampingan yang mengandungi susu, cam craft singletu. Sekarang nie aku cuba biasakan dengan dengan susu kotak perasa coklat, mula-mula tu tak abis pun sekotak kecik tu, tapi bila dah tiap-tiap hari minum, sekali hadap jer terus habis.

Lepas nie mungkin aku nak cuba bli susu tepung yang mcm dia minum dlu tu, cuma kalau dlu dia minum perasa madu, nanti aku nak try perasa coklat pulak. Insya Allah.

Makan pun setakat nie alhamdulillah, banyak makan berbanding dulu. Cuma masih kena bersuap dan dipujuk makan.

Nampaknya kesabaran membuahkan hasil........ 
Ade satu lagi masalah sebab semakin membesar nie dia jadi makin manja pulak. Cengeng pulak tu. Sebelum nie tak de pulak macam nie.....

Sabar jer la menghadapi perubahan dalam membesarkan anak nie.......