Alhamdulillah. Hariz kini semakin selesa tanpa botol susunya. Untuk menggalakkan dia banyak minum air, aku buat air sirap, milo dalam botol air untuk bekalan di samping bekalan makanan ke rumah pengasuhnya. Kalau di rumah pun aku tetap sediakan dan letakkan kat tempat yang dia senang ambil. So bila dia penat atau dahaga dia akan ambil sendiri. Sebagai altenatif susu pulak, aku gantikan dengan makanan sampingan yang mengandungi susu, cam craft singletu. Sekarang nie aku cuba biasakan dengan dengan susu kotak perasa coklat, mula-mula tu tak abis pun sekotak kecik tu, tapi bila dah tiap-tiap hari minum, sekali hadap jer terus habis.
Lepas nie mungkin aku nak cuba bli susu tepung yang mcm dia minum dlu tu, cuma kalau dlu dia minum perasa madu, nanti aku nak try perasa coklat pulak. Insya Allah.
Makan pun setakat nie alhamdulillah, banyak makan berbanding dulu. Cuma masih kena bersuap dan dipujuk makan.
Nampaknya kesabaran membuahkan hasil........
Ade satu lagi masalah sebab semakin membesar nie dia jadi makin manja pulak. Cengeng pulak tu. Sebelum nie tak de pulak macam nie.....
Sabar jer la menghadapi perubahan dalam membesarkan anak nie.......
No comments:
Post a Comment