Wah... sebenarnya tak sabar nak tunggu Amni 6 bulan. Sebab sebelum sampai 6 bulan lagi, aku dah sibuk mencari-cari resepi puri untuk memperkenalkan makanan pertama buat Amni.
Puri pertama yang aku buat ialah puri lobak merah. Lobak tu aku kupas, kukus hingga lembut, toskan, kisar dgn sedikit jer air dan tapis untuk pastikan puri tu betul-betul halus. Untuk permulaan aku campurkan sedikit dengan susu. Kadang-kadang stok susu yang aku pam, kadang-kadang ngan susu formula.
Alhamdulillah. Dia nak. Kuantiti untuk permulaan tu taklah banyak. Nama pun permulaan kan. Bagi sekali sehari dan 4 hari berturut-turut untuk 1 jenis puri. Sebab kita nak tengok dia sesuai atau tak dengan makanan tu. Selepas 4 hari baru lah boleh try yang lain.
Untuk jimatkan masa aku dah siapkan awal-awal menu untuk sebulan. Aku kukuskan sekali lobak, brokoli, kentang, ubi keledek, epal or apa-apa la yang sesuai diusianya. Teruskan proses yang sama macam yang aku ceritakan tadi. Kemudian frozenkan. Puri lain yang aku pernah buat ialah labu dan kurma. Dan kalau pergi jalan-jalan, puri yang paling senang dan tak payah masak ialah pisang. Pisang tu aku tak ambil bahagian tengahnya. Yang tepi-tepi jer, kemudian lenyekkan dan letak susu sikit.
Mula-mula dulu aku cuma isi dalam plastik ais krim yang aku potong-potong jer. Pastu barulah aku perasan aku ada banyak acuan kuih tu. Pic puri yang dalam bekas comel tu lupa nak snap. Pic-pic nie semua yang masa umur setahun dah. Puri yang dah beku boleh dikeluarkan dari acuan dan letak dalam bekas bertutup. So acuan tu boleh guna untuk buat puri lain pulak.
Bila dah macam-macam puri dicuba dan Amni ok, aku pun mula mixkan puri-puri tu menjadi satu hidangan. Maka sebab itu lah aku buat stok kecik-kecik dalam plastik tu. Senang nak campur. Oh yer.. susu tu aku campurkan dalam puri bila nak bagi makan tu, kiranya yang frozen tu tanpa susu la.
Yang jernih tu, aku buat stok ayam. Waktu tu Amni dah setahun dan dah boleh makan bubur. Memandangkan aku ni takde la periuk-periuk moden untuk buat bubur jadi aku masak guna periuk dan dapur biasa jer. Cuma untuk cepatkan proses memasak aku buat stok beras khas macam ni.
Mula-mula basuh beras macam biasa kemudian rendamkan lebih kurang 4 jam. Biasanya aku rendam pagi sebelum pergi kerja. Dan balik rehat tengahari aku toskan. Kemudian balik keje aku sangaikan beras tu. Sejukkan kan dulu barulah kisarkannya. Tak perlu lah halus sangat macam puri tu. Sesuai yang mungkin. Cara nak masak, didihkan dulu air, letakkan stok ayam dan masukkan beras. Bila bubur dah masak barulah aku campurkan dengan stok puri frozen yang aku buat tu. Jadi Amni dapat makan perisa bubur yang lain-lain dalam 1 hari. untuk pelbagaikan lagi rasa, aku juga buat serbuk ikan bilis. Bilis tu korang basuh, buang tulang, sangai dan kisarkan. Buat stok. Dan boleh juga bawak bekal kalau pergi mana-mana. Sukatannya pandai-pandai la agak banyak mana. Aku masak ngam untuk bekal pengasuh dan untuk aku suapkan petang. So dapatlah aku jimatkan masa memasak bubur tu.
Banyak ilmu-ilmu dan resepi-resepi puri tu tadi aku cari kat fb dan jugak melalui pelbagai blog. Rajin-rajin lah membaca dan kreatifkan cara penyediaannya.
Itulah kisah Amni dengan makanannya.....
No comments:
Post a Comment