Tuesday, October 25, 2016

Hobi Si Bujang Ku

Ok hari nie, aku tak nak cite panjang-panjang... sebab hari nie aku baru mula masuk keje lepas cuti lama tu...

Aku nak kongsikan dengan korang hobi anak bujang aku sorang nie sepanjang cuti 3 hari ni, eh kami kat pahang jer yer 3 hari cuti semalam tu....

Ini lukisannya tanpa color

 

Sejak dia umur 5 tahun lagi aku dah perasan Hariz nie suka melukis. Cikgunya cerita pelajaran lain dia tak minat sangat, tapi bila melukis dialah yang suka menonjol...

Ini pula yang bercolor










Amacam... boleh tahan la kan untuk budak yang di usianya sekarang. Walau pun kadang tu aku marah juga sebab dia lebih suka melukis dari membaca. Walau dari pagi sampai petang aku suruh ulangkaji pelajaran, tapi habis cuti, ini hasilnya. Nak marah sangat pun tak boleh jugak... tak larang pun tak boleh juga...

Hariz Oh Hariz...





Sunday, October 23, 2016

Bell's Palsy Yang Baru Kukenali

Rutin harian kehidupan aku berjalan seperti biasa. Tapi 3 minggu yang lepas aku merasakan satu kelainan. Apa yang kemakan, tak rasa apa-apa. Yang aku fikirkan ialah... mati. Terus aku terbayangkan anak-anak aku yang masih kecil, yang belum tau mengurus diri. Tambahan lagi Amni yang masih BF. Air mata mengalir... Ya Allah, panjangkanlah umurku ini...

Tiada kita mengetahui tentang apa yang akan terjadi dalam kehidupan, pada diri kita. Dah 2 minggu kini aku bercuti sakit apabila Bell's Palsy ini datang mengunjungi aku. Sebenarnya aku baru pertama kali dengar pasal sakit saraf.

Seminggu sebelum muka aku mula menunjukkan perubahan, lidah aku terasa kebas. Aku biarkan saja nak fikir mungkin sebab terminum air panas or makan sesuatu sampai jadi macam tu. Tak rasa apa-apa. Tapiyang peliknya hanya sebelah kiri sahaja. Aku kerja macam biasa, sebab takde pulak rasa sakit kat mana-mana.

Sempat pulak jadi join group puspanita masuk pertandingan deko kek anjuran Empower ECER ni. Dapatlah lah group kami Naib Johan. Haaa... masa nie la aku baru perasan perubahan kat muka aku.


Cuba tengok dekat-dekat... Aku mula perasan bila kami dok gelak-gelak mendeco. Tetiba terasa senyumku senget... eh... dah kenapa... Balik rumah, bila nak berkumur, air tersembur keluar dari mulut kiri. Tapi aku masih tak ke klinik lagi. Keesokkan harinya, ada Hari Sukan Negara kat padang. Aku macam biasa bawa anak-anak kesana, tambahan lagi Hariz pulak ada aktiviti kat sekolah.

Dan bermula situlah, mataku asyik berair. Aku rasa tak selesa sebab pandangan asyik kelabu dan jugak silau. Tak dapat nak buka mata. Balik rumah, aku mula meng google kenapa mata berair dan lidah kebas. Akhirnya aku jumpa pasal Bell's Palsy. Aku syak memang sakit nie tapi masih tak terus ke klinik lagi. Dan masa tu la aku baru membelek-belek muka dan penampakan kesengetan muka aku nie. Keesokkan harinya barulah aku ke klinik dan disahkan menghidap Bell's Palsy. Doc cakap jangan risau sangat sebab bukan stroke tapi ianya kelemahan pada otot muka.

Aku diberi ubat dan juga cuti. Doc tak bagi berurut. Hanya makan ubat yang diberikan secara berjadual, Insha Allah boleh baik. Paling kurang 2 minggu katanya... bergantung pada seteruk mana yang kena tu.

Dalam pada makan ubat aku juga wat senaman untuk muka. Yang nie aku baca kat sini. Bagi korang yang tak tahu pasal sakit nie.. ianya boleh terjadi pada sesiapa sahaja. Bahkan pada kanak-kanak juga tapi peratusannya kecil. Puncanya tidak diketahui. Bagi wanita ianya mudah terjadi pada mereka yang baru lepas bersalin/menyusukan anak, haid dan juga stress. Korang nak nak lebih info kat boleh pergi kat blog ni.

So, jangan stress sangat la yer.. tambahan lagi kalau dah kena macam nie. Alhamdulillah, sokongan famili dan kawan-kawan banyak membantu. Bina keyakinan diri. Tapi aku cuti 2 minggu nie bukan lah sebab tak yakin nak berdepan dengan orang. Aku keluar macam biasa juga, tapi sekejap-sekejap dan pakai spek itam uoll. Dah kerja aku memerlukan aku bercakap banyak dan berdepan ngan orang ramai, takkan la aku nak pakai spek itam kot sepanjang dok kaunter.. pastu bercakap banyak sangat nanti meleleh air liur, sambil mengelap air mata. Dah kenapa budak nie kan... Hahaha....

Oh ya, lagi satu nak pesan. Jangan tertedah terus pada cahaya/cahaya matahari dan angin. Sebab tu aku pakai spek tu. Tapi itu pun masih terasa gak pedihnya. Jangan juga makan benda yang keras-keras. Tidur pulak pastikan tutup mata tu dengan penutup mata atau apa-apa yang boleh lindung mata. Sebabnya, mata yang terlibat ngan saraf tu tak boleh ditutup dengan sempurna. Ianya terbuka. So takut nanti waktu tidur masuk habuk ke apa, nanti dapat jangkitan lain pulak. Jangan tutup sampai tekan kemata yer, ala-ala tak jer. Senang-senang korang beli jer la penutup mata tu. Nak cuci muka ke shampoo ke pun korang kena tutup mata guna perlahan-lahan guna jari (macam dalam pic senaman nie)


    

Jadi tak la masuk sabun dalam mata. Macam aku masa mula-mula kena tu. Haru jadinya....

Itulah sedikit perkongsian aku pasal Bell's Palsy nie. Aku sekarang masih dalam proses penyembuhan. Belum baik sepenuhnya lagi tapi menunjukkan tanda-tanda positif untuk sembuh. Sedikit demi sedikit. Insha Allah semoga sakit ini terus hilang dan takkan datang berkunjung kepada aku lagi dan juga ahli keluarga aku. (penyakit nie tak ikut keturunan yer).

Doakan aku cepat sembuh. Terima kasih......

Friday, October 21, 2016

Kuih Seri Muka Yang Sedap

Hari ni, aku nak kongsikan dari hasil google untuk buat kuih seri muka. Aku tak pasti sebelum nie, aku dah penah try buat atau tak, tapi inilah hasil cubaan aku yang menjadi dan memenuhi selera tekak ku. Untuk pertama kali buat pun, tak susah pun sebenarnya, ikutkan ajer step by step. Insha Allah jadi.


Terima kasih kepada tuan empunya blog sebab sudi kongsikan resepi nie. Tapi yang sis buat tu lagi nampak cantik dan menyelerakan dari yang ai nie...



Aku cuma derhakakan sikit jer dari resepi tu, sebab tak guna daun pandan... guna pandan paste jer. Maybe kena letak pewarna hijau sikit lagi kan kalau nak bagi colornya lagi cantik.


Bagi yang suka lapisan atas lembik sikit maybe boleh lebihkan air/santan or kurangkan tepung kot. Macam mak ayah aku, suka makan lapisan yang lembik skit. Aku pun suka juga, tapinya kalau lembik tu susah la sikit nak potong kan. Tapi sedap la..

Korang cubalah. Sedap dan berlemak jer..

Thursday, October 20, 2016

Cuti Hujung Minggu

Ini kisah cuti minggu lepas. Cuti aku di Cameron Highlands nie lebih selesa dirumah sebenarnya. Mau nye tak, kalau keluar rumah mau berjam-jam nak pergi dan nak balik. Memang tak sanggup la... Konon nak bawak anak-anak pergi jalan kat nova pun tak kesampaian lagi.

Kesan pengambilan ubat selama 2 minggu nie menjadi seleraku bertambah-tambah. Asyik lapar jer. Ubat ape? itu nanti aku ceritakan.

Hasil dari cuti hujung minggu ni, dari pagi sampai malam asyik masak dan makan.



Sarapan pagi hanya dengan Koko Krunch ngan susu jer. Pastu barulah gunakan tenaga dari situ untuk sediakan minum pagi. Nasi Lemak ngan Sambal Petai Daging Salai. Sebenarnya, tak perasan ikan bilis dah abis, nasi dah atas dapur baru perasan. Jadi aku masaklah sambal nie. Resepinya sama macam nak masak Sambal Petai Ikan Bilis juga.

Sambal nie jugalah jadi lauk untuk tengah hari aku. Untuk anak-anak, sup ayam jer.

Siap untuk tengahari, aku siapkan untuk minum petang pulak. Aku buatkan roti sosej dan juga mini piza. Doh untuk roti nie adalah dari doh frozen yang aku buat sebulan yang lepas. Masih elok tahan. Aku keluarkan pada sebelah malamnya untuk defrost dan paginya baru la aku ulikan lembut, so tengahari tu doh dah elok mengembangkan dan dah boleh buatkan apa-apa menu yang nak disediakan. Cam donut atau pun pau. Tapi kalau cuaca panas kat tempat korang tak perlu la kot nak biar semalaman defrost kan.


Macam mana nak frozenkan. Kebiasaannya, bila aku kebetulan nak wat roti atau pun donut, aku akan lebihkan adunan, dah siap uli, separuh adunan tadi aku cuma letakkan dalam bekas kedap dan terus simpan kat tempat beku. Jangan bagi doh mengembang dulu. Senangkan.

Ini pula, menu makan malam, aku tak masak dan tak beli. Yang ini jiran aku bagi. Alhamdulillah. Sebab memang tekak aku terasa nak makan sangat gulai nie. Ini kali kedua aku merasainya sepanjang hidup. Hihi... betul, kat daerah aku takde pulak kenal dengan gulai nie.


Gulai Asam Rong. Pertama kali aku cuba dah jatuh cinta. Dan secara terus terangnya aku rasa aku memang tak pandai masak benda nie. Kalau aku cuba pun agaknya tak jadi macam nie. Gulai ni, kawan pejabat merangkap jiran aku dari Jerantut yang bagi. Import khas dari Jerantut tau... sebab mak dia yang masak... Hahaha.

Memang aku tak dapat nak gambarnya kesedapannya. Cuma kali ini disebabkan deria rasa yang masih kurang, tak dapat la nak merasai sepenuhnya kesedapannya, tapi yang pasti tetap 2 pinggan nasi yer... Banyak sungguh makan nasi hari nie... Cuti... cuti...



Tuesday, October 04, 2016

Bila nak pandai jalan nie...

Itulah yang selalu aku cakapkan. Tapi mak aku selalu kata bila anak tak pandai lagi jalan, bising kata macam tu, bila anak dah pandai jalan bising pulak kata asyik nak berjalan jer. Hihihi...


Biasalahkan. Ada orang kata anak perempuan nie cepat berjalan, tapi pada hakikatnya, mama dia sendiri pun 1 tahun 3 bulan baru pandai berjalan. Sama macam abangnya juga. Cuma Amni awal sikit dari kami.

  

Melihat perkembangan yang sesuai dengan usianya dari pelbagai aspek amatlah penting untuk kaum ibu. Jadi rajin-rajinlah membaca dan menanda pada buku kesihatan anak tu. Sebab aku pun baru tau dari situ. Hariz dulu bukan buku macam tu, hanya kertas yang macam pamphlet tu jer. Jadi tak lah asyik nak tanya nurse or tunggu nurse bagitau jer kan.

Ni Masa Program 'Moh Jo
 Disebabkan dah pandai berjalan, jadi kadang-kadang aku terpaksa korbankan waktu petang aku untuk bawak anak-anak nie pergi taman. Kalau tak pun time cuti hujung minggu.

     
Abang masuk pertandingan mewarna dan dapat saguhati No 5 rasanya kot

  Kalau dulu, bila ada apa-apa program di padang, aku memang jarang nak pergi. Tambahan lagi si Hariz tu yang lebih suka duduk dirumah jer. Tapi sejak Amni dah besar sikit nie dan dah pandai berjalan, aku pun merajinkan lah diri membawa diorang nie. Abangnya pula kena paksa ikut. Hihi...

Monday, October 03, 2016

Amni : Jom Mula Makan

Wah... sebenarnya tak sabar nak tunggu Amni 6 bulan. Sebab sebelum sampai 6 bulan lagi, aku dah sibuk mencari-cari resepi puri untuk memperkenalkan makanan pertama buat Amni.

Puri pertama yang aku buat ialah puri lobak merah. Lobak tu aku kupas, kukus hingga lembut, toskan, kisar dgn sedikit jer air dan tapis untuk pastikan puri tu betul-betul halus. Untuk permulaan aku campurkan sedikit dengan susu. Kadang-kadang stok susu yang aku pam, kadang-kadang ngan susu formula.

Alhamdulillah. Dia nak. Kuantiti untuk permulaan tu taklah banyak. Nama pun permulaan kan. Bagi sekali sehari dan 4 hari berturut-turut untuk 1 jenis puri. Sebab kita nak tengok dia sesuai atau tak dengan makanan tu. Selepas 4 hari baru lah boleh try yang lain.

Untuk jimatkan masa aku dah siapkan awal-awal menu untuk sebulan. Aku kukuskan sekali lobak, brokoli, kentang, ubi keledek, epal or apa-apa la yang sesuai diusianya. Teruskan proses yang sama macam yang aku ceritakan tadi. Kemudian frozenkan. Puri lain yang aku pernah buat ialah labu dan kurma. Dan kalau pergi jalan-jalan, puri yang paling senang dan tak payah masak ialah pisang. Pisang tu aku tak ambil bahagian tengahnya. Yang tepi-tepi jer, kemudian lenyekkan dan letak susu sikit.


Mula-mula dulu aku cuma isi dalam plastik ais krim yang aku potong-potong jer. Pastu barulah aku perasan aku ada banyak acuan kuih tu. Pic puri yang dalam bekas comel tu lupa nak snap. Pic-pic nie semua yang masa umur setahun dah. Puri yang dah beku boleh dikeluarkan dari acuan dan letak dalam bekas bertutup. So acuan tu boleh guna untuk buat puri lain pulak.



Bila dah macam-macam puri dicuba dan Amni ok, aku pun mula mixkan puri-puri tu menjadi satu hidangan. Maka sebab itu lah aku buat stok kecik-kecik dalam plastik tu. Senang nak campur. Oh yer.. susu tu aku campurkan dalam puri bila nak bagi makan tu, kiranya yang frozen tu tanpa susu la.


Yang jernih tu, aku buat stok ayam. Waktu tu Amni dah setahun dan dah boleh makan bubur. Memandangkan aku ni takde la periuk-periuk moden untuk buat bubur jadi aku masak guna periuk dan dapur biasa jer. Cuma untuk cepatkan proses memasak aku buat stok beras khas macam ni.


Mula-mula basuh beras macam biasa kemudian rendamkan lebih kurang 4 jam. Biasanya aku rendam pagi sebelum pergi kerja. Dan balik rehat tengahari aku toskan. Kemudian balik keje aku sangaikan beras tu. Sejukkan kan dulu barulah kisarkannya. Tak perlu lah halus sangat macam puri tu. Sesuai yang mungkin. Cara nak masak, didihkan dulu air, letakkan stok ayam dan masukkan beras. Bila bubur dah masak barulah aku campurkan dengan stok puri frozen yang aku buat tu. Jadi Amni dapat makan perisa bubur yang lain-lain dalam 1 hari. untuk pelbagaikan lagi rasa, aku juga buat serbuk ikan bilis. Bilis tu korang basuh, buang tulang, sangai dan kisarkan. Buat stok. Dan boleh juga bawak bekal kalau pergi mana-mana. Sukatannya pandai-pandai la agak banyak mana. Aku masak ngam untuk bekal pengasuh dan untuk aku suapkan petang. So dapatlah aku jimatkan masa memasak bubur tu.

Banyak ilmu-ilmu dan resepi-resepi puri tu tadi aku cari kat fb dan jugak melalui pelbagai blog. Rajin-rajin lah membaca dan kreatifkan cara penyediaannya.

Itulah kisah Amni dengan makanannya.....

Saturday, October 01, 2016

Amni : Breastfeeding Journey II

Hai..

Ok dulu aku pernah cerita pasal Breastfeeding Journey, pencarian botol susu untuk Amni kan kat sini. Sebenarnya ianya tak berakhir disitu. Sebab lepas daripada tu Amni xmau pulak Fiffy tu. Mujurlah botol-botol yang dah beli tu aku tak buang n bagi bagi lagi kat orang. Konon nak buat koleksi kan.

Amni akhirnya memilih comotomo sehingga kini. Baru-baru ni aku ada la juga try beli botol yang lain. Yang biasa-biasa jer. Kononnya carilah yang menarik, pic mickey mouse kononnya. Kata kawan aku, kalau anak dah besar dia dah tak memilih botol susu dah. So aku pun belilah.

Korang rasa camner... dia nak tak... memang tak mahu nyer... Dia tengok botol tu pun ngan tak de perasaan. Aku sebenarnya nak tukar botol lain tu bukan apa. Kat sini susah betul nak dapatkan comotomo tu. Jangan kan botol, puting nak ganti pun lagilah susahnya.

Pernah puting tu rosak, keluar susu pada ruang udaranya tu. Ape lagi, terpaksa tunggu berhari-hari untuk dapatkan ganti. Maklumlah online kan.

Aku nak share ngan korang IG yang jual murah dan memang aku boleh cadangkan untuk beli comotomo atau pun mimijumi or Avent. Dan macam macam baby products yang ada kat qazbaybee ni. Cubalah. Untuk aku yang agak susah nak cari barang kat sini, belian online ni memang pilihan yang ada,

Dan satu lagi. Impian aku nak Full BF Amni tak kesampaian. Tapi, itu tak mematahkan semangat aku untuk terus BF Amni. Sehingga sekarang dia masih BF walaupun dah habiskan sebotol susu Dutch Lady. Pengalaman baru untuk aku BF anak yang lebih umur setahun...