Alhamdulillah. Dah melepasi suku tahun pertama untuk 2015 di kan, baru hari nie nak cerita pasal Hariz yang memulakan langkah ke alam persekolahan yang sebenar. Sebelum orentasi lagi dia memang dah xcited sangat, hari-hari bertanya bila nak umur 7 tahun. Mungkin sebab apa yang dia paham, bila umur 7 tahun jer dia akan melangkah ke darjah 1.
Hariz takde masalah untuk membiasakan diri di sekolah tu sebab dah biasa dengan persekitaran dan kawan-kawan semasa di Pra Sekolah dulu. Sedangkan semasa di Pra dulu pun aku tak tunggu, inikan pula darjah 1 kan. Masa rehat pun aku tak pergi menjengok walaupun aku tau dia belum pandai untuk membeli. Aku nak dia berdikari, nanti kalau aku pergi dan dia tengok aku ada mesti dia akan harap pada aku, lagi pun sebelum nie aku dah ajar dia basic camner nak membeli dan dia pun tau mengira duit. Jadi aku memang percayakan anak bujang aku sorang nie.
Exam awal tahun nie pun alhamdulillah resultnya. Subjek kesukaannya dapat 100%, bukan main seronok lagi dia tunjuk kertas tu kat aku. Aku tak kisah apa nombor yang dia dapat dalam kelasnya asalkan resultnya baik.
Pagi yang tetap bertenaga, tapi PSP kat tangan tetap tak lekang ok. Sempat juga nak main tu. Latar belakang yang semak samun dibelakang tu sila abaikan yer.... kami nie memang pencinta alam semulajadi... hehehe...
Ini baju untuk PJ time... tetap pose di pagi hari......
3 comments:
tahniah hariz...
suri stil mencari2 lagi ni...
hehhe...
rindu nyer ngan taman tu da...
tu bukan semak samun tp mini hutan kter..
hehehe
Tq auntie emi..
Hahaha, mini hutan @ mini zoo. Macam2 binatang yang pernah bermain kat situ. Kera pun ada...
Slots.io Casino | Expert Reviews by DrmCad
With more than 500 casino games and 구미 출장마사지 top-notch desktop and mobile games, there's something for 포천 출장샵 every gamer. Experience 화성 출장샵 the thrill of Vegas online 공주 출장안마 with Slots.io. 안동 출장마사지
Post a Comment