Seingat aku sepanjang 11 kali menyambut ramadhan di daerah tempatku 
mencari rezeki ini, inilah kali ke 2 aku balik awal untuk berbuka puasa 
beramai-ramai bersama ahli keluarga dan saudara-mara. Sebenarnya sejak 
tok tinggal dengan emak dan ayah aku, amalan kenduri menyambut ramadhan 
dan berbuka puasa beramai-ramai ini sudah menjadi amalan keluarga ini. 
Sebenarnya bukan kenduri besar, cuma hanya makan keluarga dan 
memandangkan keluarga yang besar berkumpul makanya memang nampak macam 
kendurilah.
25 Ramadhan yang lalu rutin setiap tahun 
ini berjalan seperti biasa. Walaupun kehadirannya tidaklah seramai yang 
aku penah lihat seperti beberapa tahun yang lalu namun ianya sudah cukup
 meriah buat aku yang sudah lama tak merasainya. Aku juga mahukan hariz 
melalui saat-saat ini.
Awal
 petang kerja-kerja memasak dijalankan oleh chef-chef terlatih bersama 
pembantu-pembantu yang telah dibahagikan tugas masing-masing. Bukan 
setakat ruang dapur jer yang sibuk, tapi setiap ruang yang ada tetap 
sibuk dengan kerja masing-masing, ada yang masih sibuk menjahit 
menyiapkan tempahan baju raya orang yang bertimbun, ada yang sibuk 
menjaga anak kecil sambil bergosip... hehe... dan yang paling sibuk dah 
tentunya kanak-kanak... sibuk bermain... tak kira tempat... dari ruang 
tamu, dapur, bilik tidur, bilik air habis semua jadi tempat dia orang ni
 main lari-lari and menyorok.
Dan
 dalam kesibukan tu juga lah waktu berbuka puasa semakin hampir tanpa 
disedari... juadah berbuka juga telah siap terhidang. Macam-macam ada, 
yang penting habis ok... tak membazir...
Dan inilah 
saat yang paling dinantikan oleh anak-anak. Usai solat tarawih, 
anak-anak ini akan bersedia untuk beratur menerima duit raya mak 
saudara, ayah saudara, datuk saudara dan nenek saudara... emmm... ramai 
tu..
Sebenarnya
 keakraban yang aku pandang pada hari ini membawa aku pada kenangan raya
 lalu semasa dikampung, semasa tok masih sihat dan semasa arwah aki 
masih ada. Masih terbayang suasana meriah menyambut hari raya dikampung.
 Aku tahu detik itu takkan kembali sebab masing-masing dah berkeluarga 
sendiri dan akan pulang di kampung yang berlainan. Sukar untuk berkumpul
 begini pada hari raya. Cuma waktu inilah kita berjumpa sebegini. Dan 
yang aku paling pasti detik itu takkan kembali sebab rumah itu telah 
tiada... telah pergi bersama kenangan aku.
Apapun 
inilah suatu kenangan yang indah untuk diabadikan oleh generasi kecil 
ini. Andai semangat ini tidak diteruskan suatu hari nanti pasti mereka 
akan merinduinya...
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri....
"Pulanglah Kepangkuan Keluargamu.... Dia Menunggumu di Hari Mulia..."