Wednesday, December 04, 2013

Trajedi 2001 Yang Berulang

Hati ini hanya Allah saja yang tahu, memikirkan keluarga yang jauh di sana pabila peristiwa banjir tahun 2001 dulu kembali lagi. Kalau dulu kami ramai sempat mengangkat barang ape yg penting kat tempat tinggi tapi sekarang apelah daya mereka yang tinggal untuk mengangkatnya... apatah lagi dengan keadaan tok sekarang....



Atas tu gamba yang akak aku anta kul 5 pagi tadi... air mula naik sejak 3 pagi... Yang bawah nie pulak yang di anta pada jam 8 pagi... memang air makin naik....



Abis tunggang terbalik barang dalam rumah...... mereka semua dipindahkan kat pusat pemindahan (sekolah) yang tak jauh dari rumah... banyak kali gak la aku call akak aku tanya perkembangan semasa. Sian dorang, tak makan dari pagi, makanan yang dimasak kat situ pulak tak cukup. Sedih aku dengar. Mujurlah adik aku yang kebetulan balik sebab pak mertuanya meninggal ada balik malam tadi, jadi dialah yang meredah banjir untuk sampai ke sekolah tu hanya untuk menghantar karipap buat alas perut akak ngan anak-anaknya, mak, ayah dan tok. Itu jer yang sempat dibeli, makanan lain abis....


Ini sempat pulak tu dia pergi tengok rumah ngan pak sedara aku... paras pinggang dia tu mau paras dada aku, silap-silap leher... entah ape la jadi kat dalam rumah tu..... tapi tak pe la, asal semua orang selamat....

Kalau imbau balik, banjir tahun dulu tak la seteruk banjir tahun nie, pada aku tahun nie memang teruk.. boleh dikatakan hampir keseluruhan kuantan termasuk bandarnya di landa banjir....

Famili aku sekarang dah kuar dari pusat pemindahan tu dengan pelbagai kepayahan yang di lalui, sian kak ngah....  dorang sekarang dok umah mak sedara aku. Asalnya adik aku yang sorang lagi nak bawak kerumahnya, tapi dia tersekat dek air kat Paya Besar.... ape pun sekurang-kurangnya dorang ada kat tempat yang lebih selesa sekarang.

Semoga keadaan ini akan cepat pulih. Ya Allah, lindungilah kami sekeluarga dari segala kesulitan. Amin.....

No comments: