Friday, November 08, 2013

Nak Ke Cameron Highlands Cuti-Cuti Ni?

Tetiba pulak terpanggil untuk berkongsi berita kat sini... bukan ape... sejak kejadian di Lembah Bertam tu ramai pulak yang telefon kat pejabat tanya pasal keadaan kat sini. Dorang takut nak datang melancong kat sini. Siap ada yang merangcang nak batalkan tempahan-tempahan yang dah dibuat kalau tak boleh datang sini.

Sebenarnya, bagi yang ingin melancong ke Cameron Highlands nie, keadaannya jalan masih boleh dilalui. Samada anda dari Simpang Pulai, Tapah mahupun Betau. Lagi pun Tanah Rata, Brinchang, Kea Farm dan atas dari itu tak terlibat semasa kejadian tu.

Kalau nak tau keadaan cuaca pulak, sepanjang 2 minggu nie, cuacanya kejap hujan dan kejap panas. Kadang tu pagi panas, petang hujan, kadang tu pagi hujan petang panas.

Cuti sekolah pun dah nak bermula kan. Rancanglah perjalanan anda. Pada yang telefon di pejabat untuk tau perkembangan semasa disini, Insya Allah, pertanyaan dan kemuskilan anda akan cuba saya bantu. Itu pun kalau pasal nak datang sini jerlah.. Kalau nak tanya pasal isu-isu panas disini harap maaf la... tak dapat nak nolongnyer... hehe

Ok... Selamat Bercuti walau dimana anda bercuti....:)

2 comments:

emy said...

amboi..dh mcm pemberita/wartawan bertauliah ..eheahh eh..rindu ah cameron..nk g sana lah..tp tak tau bila..huhuhu

Khaira Qaisara said...

ini kalau editor tengok, mmg trus reject... tak memenuhi kehendak bahasa, tp ini wartawan mesra pembaca namanya... haha... tu la.. jom la dtg sni, kita kumpul ko, linda n cikgu ina. Tambah sorg lagi, mimie yg tak tahu mana menghilang tu..