Tuesday, August 06, 2013

Detik Indah Sebelum Syawal

Seingat aku sepanjang 11 kali menyambut ramadhan di daerah tempatku mencari rezeki ini, inilah kali ke 2 aku balik awal untuk berbuka puasa beramai-ramai bersama ahli keluarga dan saudara-mara. Sebenarnya sejak tok tinggal dengan emak dan ayah aku, amalan kenduri menyambut ramadhan dan berbuka puasa beramai-ramai ini sudah menjadi amalan keluarga ini. Sebenarnya bukan kenduri besar, cuma hanya makan keluarga dan memandangkan keluarga yang besar berkumpul makanya memang nampak macam kendurilah.

25 Ramadhan yang lalu rutin setiap tahun ini berjalan seperti biasa. Walaupun kehadirannya tidaklah seramai yang aku penah lihat seperti beberapa tahun yang lalu namun ianya sudah cukup meriah buat aku yang sudah lama tak merasainya. Aku juga mahukan hariz melalui saat-saat ini.

Awal petang kerja-kerja memasak dijalankan oleh chef-chef terlatih bersama pembantu-pembantu yang telah dibahagikan tugas masing-masing. Bukan setakat ruang dapur jer yang sibuk, tapi setiap ruang yang ada tetap sibuk dengan kerja masing-masing, ada yang masih sibuk menjahit menyiapkan tempahan baju raya orang yang bertimbun, ada yang sibuk menjaga anak kecil sambil bergosip... hehe... dan yang paling sibuk dah tentunya kanak-kanak... sibuk bermain... tak kira tempat... dari ruang tamu, dapur, bilik tidur, bilik air habis semua jadi tempat dia orang ni main lari-lari and menyorok.


Dan dalam kesibukan tu juga lah waktu berbuka puasa semakin hampir tanpa disedari... juadah berbuka juga telah siap terhidang. Macam-macam ada, yang penting habis ok... tak membazir...

Dan inilah saat yang paling dinantikan oleh anak-anak. Usai solat tarawih, anak-anak ini akan bersedia untuk beratur menerima duit raya mak saudara, ayah saudara, datuk saudara dan nenek saudara... emmm... ramai tu..


Sebenarnya keakraban yang aku pandang pada hari ini membawa aku pada kenangan raya lalu semasa dikampung, semasa tok masih sihat dan semasa arwah aki masih ada. Masih terbayang suasana meriah menyambut hari raya dikampung. Aku tahu detik itu takkan kembali sebab masing-masing dah berkeluarga sendiri dan akan pulang di kampung yang berlainan. Sukar untuk berkumpul begini pada hari raya. Cuma waktu inilah kita berjumpa sebegini. Dan yang aku paling pasti detik itu takkan kembali sebab rumah itu telah tiada... telah pergi bersama kenangan aku.

Apapun inilah suatu kenangan yang indah untuk diabadikan oleh generasi kecil ini. Andai semangat ini tidak diteruskan suatu hari nanti pasti mereka akan merinduinya...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri....
"Pulanglah Kepangkuan Keluargamu.... Dia Menunggumu di Hari Mulia..."


No comments: