Jumaat yang lalu, bawa si hariz nie pergi potong rambut. Dah panjang sangat, kalau tak silap last potong dekat raya haji yang lalu. Rambut dia nie cepat jer panjang, tebal jer nampak, tak padan ngan badannya yang slim..
Masuk nie dah kali kedua potong rambut ngan perempuan. Agak kurang serasi... emmm, tak memenuhi citarasa. Kena potong kat tempat biasa gak... tapi tak de masa nak pegi, so tangkap muat jer yang mana sempat... Kira ok la, asal nampak kemas....
Monday, December 26, 2011
Wednesday, November 30, 2011
Puspanita Glamorous Nite Dinner 2011
Lip lap lip lap malam nie. Ramai yang datang bukan main lagi dengan pakaian yang glam glam gtu. Mula-mula sampai tadi segan jugak la, tgk pakaian dorang tu berbanding kami nie. Antara kami ade yang pakai blouse biasa jer, n ade yang pakai baju bertunang. Aku plak, pakai mane yang ade dalam almari jer, mau nyer tak, sehari sebelum dinner baru dimaklumkan untuk pergi. Tapi takpe la, pergi makan punya pasal. Hahaha
Kira cam ladies nite la nie, ade games, fesyen, nari2, n poyo2 (poco-poco la), cabutan bertuah....
Tengok orang menari terase gak nak menari, tapi sabar2, ader cameraman yang satu opis, nnt pecah rahsia. Huhu.
Kalau nak tahu pakaian yang aku pakai tu dibeli semasa mengandungkan hariz, tapi tak sempat nak pakai dah bersalin. Jadi untuk tak nak membazir setelah 3 tahun dok terperap dalam almari jadi aku pakai la untuk malam nie, tambah eksesori skit untuk nampakkan kelainan. Ok gak kan.
Walau macammana pun aku tetap tak pulang kosong, dapatlah cabutan bertuah untuk di bawa pulang buat si kecilku yang kena tinggal. Hehe.
Thursday, November 24, 2011
Jom Grooming
Tempoh yang agak terhad untuk kami yang terpilih nie mengikuti kursus nie. Banyak sangat perkara yang kitaorg nak tau. itu pada aku la, tak tau la pada peserta yang lain. Tak membosankan dan banyak sangat ilmu yang dikongsi. Penceramahnya Pn. Suraya Daud dari Institusi Pengurusan dan Integriti Melaka.
Ade beberapa video yang aku rakam kan. Tapi tak dapat aku uploadkan kat sini sebab belum mendapat keizinan. Insya Allah kalau dah dapat izin nnt aku akan uploadkan.
Mcm2 aktiviti sepanjang kelas nie berlangsung. Tapi sebab leka dengar penceramah tu bercakap dan join aktiviti terlupa nak amik gamba. hehe.
Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil petang itu di hadiri oleh Dato' Mohamad Ridzwan bin Mohd Tahar, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan).
Aku harap kursus sebegini tak berakhir disini, dan ilmu yang diperolehi sepanjang kursus ini berlangsung akan kami manfaatkan. Insya Allah.
Monday, October 31, 2011
Oktober Yang Bertuah
'10' yang bertuah untuk aku. Macam-macam tuah yang datang bergolek-golek dalam bulan Oktober nie
Samsung Champ nie aku dapat 'Grand Prize' masa Malam Keluarga Kelab Pedata sempena Hari Keluarga Di Pulau Langkawi pada 22 Oktober.
Ini pula si kecilku yang dapat pakaian kanak-kanak lelaki terbaik pada malam tu. Ape yang terbaik pun tak tau la, maybe sebab rambut pacak tu yang menarik perhatian juri. Hehe.. x pun sebab tgk aksi nie
Menari ntah ape-ape
Yang ini pulak aku dengan 2 lagi rakan yang lagi kat opis tu masuk pertandingan mencari kesalahan tatabahasa sempena Bulan Bahasa Kebangsaan. Yang bestnyer, kami bertiga top 3 ar, 1,2,3 kami sapu. Hehe...
Selain dari tu sempena bulan bahasa nie, aku juga mengambil kesempatan mengarang sajak.. Tapi dapat saguhati jer.. dah lama tak mengarang, keras jer rase bahasa....
Bulan Oktober nie jugak adalah bulan yang sibuk buat aku. Sampaikan xde masa nak ber blog nie... Terpaksa mencuri... mencuri masa :)

Friday, September 16, 2011
Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 54
Hari nie diadakan Sambutan Hari Kemerdekaan ke 54 peringkat daerah. Sambutan merdeka tahun nie di buat pada 16 September 2011 yang juga merupakan Hari Penubuhan Malaysia memandangkan 31 Ogos 2011 jatuh kepada 2 Syawal 1432H, hari kedua umat islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Memandang tahun nie tak masuk apa ape penyertaan jadi aku ambil peluang nie untuk balik kampung sbb memenuhi beberapa undangan perkahwinan, (ceh, konon, mcm la org penting). Tapi sebelum balik tu aku menghabiskan masa kurang seminggu utk design banner dan juga placard untuk pertandingan perakakan hari nie.
Dengan masa yang agak terhad tu masa sempat la juga aku design setakat yang termampu jer. Tu pun puas gak la menjelajah dalam google nie mencari contoh-contoh yang ada.
Tahun nie tak de pemenang untuk setiap 1 kategori, pemenang dinilai dengan dicampurkan semua kategori. Tahun dulu-dulu ade la juga merasa tempias menang untuk placard n banner. Tempias jer la sebab tolong design kan jer... Melukisnya orang lain. Ape pun kalau menang tetap kemenangan bersama. Cuma tahun nie agak kurang bernasib baik. Cuba lagi tahun akan datang.
Memandang tahun nie tak masuk apa ape penyertaan jadi aku ambil peluang nie untuk balik kampung sbb memenuhi beberapa undangan perkahwinan, (ceh, konon, mcm la org penting). Tapi sebelum balik tu aku menghabiskan masa kurang seminggu utk design banner dan juga placard untuk pertandingan perakakan hari nie.
Dengan masa yang agak terhad tu masa sempat la juga aku design setakat yang termampu jer. Tu pun puas gak la menjelajah dalam google nie mencari contoh-contoh yang ada.
Ini lah placard yang sempat aku siapkan semalam.
Banner tahun nie tak sempat nak lukis, 'print' di kedai jer
Tuesday, August 23, 2011
Juadah Berbuka
Sedar tak sedar kita dah berada dipenghujung ramadhan. Ini pun mungkin entri di dapurku untuk kali terakhir dibulan ramadhan nie.. Bukan pe, kadang tu xde masa nak online.
Nie antara juadah ku sepanjang beberapa minggu n hari yang lepas. Sekadar berkongsi bagi mereka yang tercari-cari idea untuk juadah berbuka...
Nasi Ayam Percik...
Nasi ayam tu aku masak macam biasa. Cuma ayam yang dah aku stim kan tu, aku bakar n gorengkan dalam kuah percik tu. Aku juga buat simple acar. Timun, tomato, lobak n bawang besar aku gaulkan bersama dengan air limau nipis. Cuba lah, lagi sedap dari makan nasi ayam biasa tu... :)
Pulut Sekaya
Percubaan pertamaku buat kuih-kuih yang macam nie. Resepi nie aku ambil dari facebook kuih muih kelate. Sedap gak kuih nie, rase manis-manis lemak.
Sotong Goreng Kunyit
Nie biasa la. Kesukaan Hariz. Kalau makan dengan nasi yang lembik skit dan panas, bertambah-tambah makan nasi.
Sup Isi Ketam
Yang ini pun percubaan pertamaku. Rase kesedapan sup nie masih aku terbayang-bayang masa makan kat Seri Malaysia, Genting. Yang aku wat nie, ok la. Sedap juga. Tak la setanding chef kan. Bahan n cara pun pun simple jer. Rebus ketam, ambil isinya. Tumis bawang putih dan merah, dah naik bau, isikan air rebusan tadi. Pastu isi ketam+garam+jagung (tak nak pun takpe). Untuk pekat gunakan bancuhan tepung jagung. Masak sampai pekat.
Itulah antara juadahnyer. Pernah gak aku cuba wat pulut panggang sendiri. Tapi gambarnya xsempat nak snap, dh habis. Hehe. Di daerah nie, ade jual pulut panggang, tapi tak memenuhi citarasa, coz sambalnya kelapa n manis. Daerah kelahiranku n pantai timur umumnya, pulut panggangnya berintikan ikan. So terpaksala buat sendiri. Resepinya pulut panggangnya segan nak bagi, coz ikut suka jer. Hehehe...
Selamat Menjalani 10 Malam Terakhir di Bulan Ramadhan Ini (disamping kesibukan membuat kuih raya :)

Tuesday, August 16, 2011
Kenangan Ramadhan Mengusik Jiwa
Sedar tak sedar hari nie dah hari yang ke 16 umat islam berpuasa. Sekejapnyer rase masa berlalu. Lagu raya pun dah bertambah rancak berkumandang di radio.
Sedar tak sedar juga sudah 9 tahun aku berpuasa di daerah ini. Dan selama 9 tahun tu jugaklah, setiap kali selesai berbuka, pasti kenangan lalu mengusik jiwaku. Berbuka bersama keluarga, ayah, mak, kakak2 dan adik2 aku. Selesai berbuka kami akan solat maghrib berjemaah, berdoa dan bersalam-salaman. Yang bestnya kami berebut-rebut nak bersalam dlu ngan ayah ngan mak... Hehe... Indahnya waktu tu.
Teringat aku, macam mana ayah dan mak berleter sebab menunggu lama untuk solat. Mana taknyer, kami adik beradik sibuk makan jer dlu, sedangkan ayah ngan mak aku sudah bersiap di tikar sembahyang sebaik berbuka ala kadar. Bila masing-masing dah kenyang, perut dah penuh, mulalah malas nak bangun. Masing-masing tolak menolak suruh amik wudhuk dlu.
Hehehe, kelakarnyer.. Waktu berbuka tu kalau boleh masing-masing bertanding gelas sape yang paling besar sekali. Kiranyer kalau dapat habiskan air tu terer la... Huhu.. Ntah ape ape ntah... Benda cam tu pn nak bertanding. Tu dulu, tapi sekarang makan dan minum pun ala kadar. Cukup setakat mengisi perut. Masak pun tak banyak, cukup2 jer, takut membazir.
Sekarang ni pun kalau balik kampung pun suasana dah tak macam dlu. Selepas berbuka ayah dengan mak jer berjemaah berdua. Yerla, kalau kami semua berjemaah skali, mau ade cucunya yang merangkak dicelah-celah tu. Bila ade cucu yang dah besar ade pulak cucu lain pulak yang lahir. Teringin juga sebenarnya nak berjemaah sekali, tapi mungkin mereka fikir kami semua dengan famili masing-masing jadi tak la mengajak. Aku pun tak pernah pulak bersuara........
Begitulah putaran waktu... yang juga membawaku pada kehidupan sekarang. Ape yang berlalu akan terus berlalu menjadi kenangan yang abadi. Yang mampu dilakukan hanyalah memperbetulkan diri untuk menjadi lebih baik dari dlu... juga memohon ampun dengan Allah atas dosa-dosa yang lalu.

.....................Kenangan Lalu Mengusik Jiwa.....................
Friday, August 05, 2011
Ikan Bawal Masak Stim
Alamak, sedar tak sedar blog aku nie dah jadi macam blog masakan pulak. Hahaha, maklumla bulan puasa nie kena lah merajinkan diri ke dapur.. Hari nie wat ikan bawal masak stim..
yang istimewa skit, aku isikan sekali kulit limau kasturi yang aku hiris2 halus. Rase dan aromanye menusuk kalbu..
Lauk-pauk yang lain simple jer, kobis masak lemak ngan ikan goreng tepung. Begitulah berakhirnya hari kelima puasa..
Thursday, August 04, 2011
Kerabu Lagi
Hari nie wat kerabu lagi. Atas permintaan. Tapi hari nie wat kerabu sotong. Selain tu nie beberapa yang sempat aku masak untuk berbuka hari nie...
Ayam Berempah dengan Telur Masin Masak Lemak. Ayam tu aku perap dari pagi sampai petang, rasenyer memang sedap n aku tak goreng, tapi bakar dalam oven coz untuk mengelakkan minyak.
Wednesday, August 03, 2011
Kerabu Mangga
Pagi tadi di opis, sempat blogwalking di beberapa blog masakan. Mencari idea sebelum ke pasar. Tak tau nak masak pe. Nak beli tengok lauk pauk tak berapa memenuhi cita rase (wat masa nie la)...
Selain tu, tak ketinggalan faveret kami sekeluarga, tongkeng ayam (wah, sopan jer bahasa), aku wat masak kicap jer, pastu pajeri nenas n ikan pari bakar dengan air asam.
Sekian lah untuk ramadhan hari yang ke 3 ni.....
Monday, August 01, 2011
Ramadhan Datang Lagi
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula.......
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula.......
Alhamdulillah syukur kerana masih dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan pada tahun ini. Hari pertama nie terase keletihan skit. Mungkin sebab badan letih coz baru sampai malam tadi kemudian bangun plak awal untuk bersahur, mujurlah mak mertua ku dah bekalkan Udang Masak Lemak, cukupla buat santapan sahur.
Dah seminggu dapur rumahku ini tak berasap sebab balik kampung. Aku pun tak tau nak masak pe, pergi pasar tadi pun, ambil jer ape nampak. Dengan berkat kesungguhan melawan kemalasan makanya inilah juadah berbuka puasa hari nie.
Aku berharap semoga ramadhan tahun ini penuh bermakna. Agar dapat kulalui dengan lebih sempurna.. Moga nafsu yang selalu membelenggu diri dapat ku lenturkan.. Setiap tahun juga aku sentiasa mengharapkan ramadhan memberiku Cahaya PetunjukNya.. seperti maksud disebalik nama yang diberi Ayah dan Mak....
Insya Allah...
Selamat Berpuasa aku ucapkan buat semua umat islam (yang berpuasa :).
Friday, July 29, 2011
Tangisan....
Kenapa biasanya kalau kita tak dapat nak ungkapkan perasaan selalunya kita akan menangis, lepas itu berakhir dengan diam tanpa penyelesaian. Sedangkan orang tak tahu ape yang kita rase. Bahkan menyebabkan kita rase lebih tertekan. Kebenaran tetap tak terungkap.
Aku tergerak untuk berkongsi bahan bacaan yang mengisi kekosongan malamku tadi ….
“ Kita perlu tangisan yang boleh meredamkan kejahatan dalam hati. Hakikatnya masalah yang berlaku berpunca dari dosa-dosa kita sendiri. Mungkin kita terlalu lalai dengan kewajipan sebagai hamba sehingga Allah SWT menegur dengan caraNya yang tak disangka-sangka. Hinggalah mula dengan pergaduhan kecil, ugut mengugut, cela mencela hinggalah berlakunya keganasan.
Zikirlah untuk mengekang kejahatan lidah. Sebelum keganasan berlaku, tangisilah dosa-dosa yang oleh tangan, kaki,lidah,hati,perut dan kemaluan kita.
MENANGISLAH kerana kelalaian kita sendiri.
MENANGISLAH jika ia boleh melembutkan hati apabila kasih tiba-tiba tak dihargai.
MENANGISLAH saat menjalani susahnya ujian kehidupan moga mampu memberi semangat yang baru.
MENANGISLAH ketika menunggu pertolongan Allah SWT, ketika tiada siapa dan apapun boleh menolong melainkan DIA.
MENANGISLAH sepuasnya sampai kita merasai bahawa tangisan itu curahan cinta Allah kepada hamba-Nya yang mengesal.
MENANGISLAH semata-mata mahukan rahmatNya …..
Kerana tangisan itu sebenarnya telah membuka sebuah pintu yang pernah dilalui para Nabi dan orang beriman…
TAPI….
JANGAN MENANGIS kerana mengingati ribuan ringgit yang hilang
JANGAN MENANGIS kerana benci dan dendam yang tak dapat dibalas
JANGAN MENANGIS untuk sangka-sangka buruk yang tiada bukti kebenarannya
JANGAN MENANGIS jika ia melunturkan semangat dan harapan untuk hidup
JANGAN MENANGIS ketika marah, kerana tiada yang lebih dasyat dari kemurkaan Allah
Tangisan mewakili hati yang sedih. Ketika ditimpa musibah pun Allah SWT tunjuk betapa kasihnya DIA menuntun kita untuk keluar dari masalah itu…
MENANGISLAH kerana mengingati Allah SWT, takut padaNya, mensyukuri nikmatNya, betapa jasa-jasa dan kemurahanNya melimpah-limpah setiap masa”
Sumber : Mingguan Wanita Bil.1436 Edisi 27 Mei-2 Jun 2011 Oleh Dr. Haji Juanda bin Haji Jaya, Perunding Undang-undang Keluarga.
Monday, July 18, 2011
Masak Lemak Ketam ke Ketam Masak Lemak
Ape-ape jelah, janji dapat makan ketam. Dah lama sebenarnya mengidam nak makan ketam masak lemak. Kebetulan pagi tadi pergi pasar, ade ketam pulak, so terus jer la beli untuk lepaskan idam (ngalahkan orang mengandung lagi ngidamnyer...)
Disamping tu, aku goreng ikan ngan daging goreng kunyit untuk hariz tak makan pedas. Tu jelas lauk pauk untuk malam nie. Tapi tetap puas hati sebab dapat makan ketam. Hehehe
Sunday, July 17, 2011
Roti Telur Cheese
Cuti hujung minggu dan terperap di rumah.
Waktu cam nie la asyik ingat makan jer... dari pagi hingga petang mulut nie tak henti nak mengunyah jer. Petang nie tak tau nak makan pe. Tengok kat dapur ade roti, telur pn ade. Dalam peti pn masing ade beberape keping cheese. Cukup untuk wat minum petang aku ngan hariz...
Nie la dia, roti telur dengan cheese. Aku lapikkan cheese tu kat dalam roti dan salutkan ngan telur. Untuk goreng aku cuma sapukan skit minyak atas kuali leper.
Simple, tapi sedap sebab cheese tu cair kat dalam. Walau dah sejuk pn, masih sedap dimakan.... nyuummm

Thursday, July 14, 2011
Kurang Kesihatan
Dah hampir 2 minggu cuaca agak kurang memuaskan kat sni. Mendung yang cam jerebu. Kejap sejuk kejap panas, tapi tak hujan. Mungkin di sebab kan cuaca yang cam nie juga menyebabkan badan pun rase x sedap, seram sejuk cam nak demam. Kalu aku layan dengan baring jer, dh tentu xbangun buat keje-keje yang banyak. Terpaksa gagahkan diri juga menyentuh air yang sejuk untuk memasak dan membasuh. Alhamdulillah, bila dah buat keje-keje gtu, terase segar pulak badan. Hilang rase nak demam.
Rase demam dah hilang timbul pulak sakit tekak. Sejak semalam tak boleh nak masuk makanan yang keras termasuk nasi. Tapi aku desakkan juga. Hari nie masih terase lagi sakitnya, terpaksa mencari ubat takut sakitnya berlarutan.
Walaupun tang nie yang aku tak suka tapi terpaksa juga kutelan. Dah la pahit, besar pulak tu nak telan. Eeeiiiii... Harap esok sakitnya hilang, boleh kembali makan nasi :)
Tuesday, July 12, 2011
Jambangan Bunga Di Hari Lahir
Di pejabat, pagi-pagi lagi dah dapat kejutan. Menerima jambangan bunga dari rakan rakan di unit tu. Entah bila dorang gi tempah pn aku tak tau, sedar-sedar muncul jer dari belakangku, siap dengan nyanyian lagi tu... Terima kasih semua..
Terima kasih atas ingatan kalian semua. Detik yang indah untuk diabadikan dalam hidup.
Peringkat usia kanak-kanak hingga remaja memang saat yang paling mengembirakan untuk meraikan hari lahir. Tapi pada aku untuk meraikan hari lahir disaat sudah dewasa ianya bukanlah untuk diraikan dengan gembira tetapi diraikan untuk mengingatkan diri tentang usia yang kian meningkat, mengingati semula ape yang telah dan patut dibuat dalam meniti usia tersebut...
Cantikkan...
Kejutan tak terhenti setakat tu jer, masih ader lagi kemudiannya dari rakan-rakan yang lain...
Terima kasih atas ingatan kalian semua. Detik yang indah untuk diabadikan dalam hidup.
Peringkat usia kanak-kanak hingga remaja memang saat yang paling mengembirakan untuk meraikan hari lahir. Tapi pada aku untuk meraikan hari lahir disaat sudah dewasa ianya bukanlah untuk diraikan dengan gembira tetapi diraikan untuk mengingatkan diri tentang usia yang kian meningkat, mengingati semula ape yang telah dan patut dibuat dalam meniti usia tersebut...
Friday, July 08, 2011
Selera Yang Terbantut
Dah agak lama rasenyer x makan malam kat lua. Bukan pe, kadang tu xtau nak makan pe, asyik benda yang sama, kedai yang sama. Boring gak. Nak kua ngan kawan-kawan cam dlu pn dh xde, my bestfriend semua dh bertukar...
Sampai kat 'Glory', kami pilih western food. Tgk gamba dalam menu cam menyelerakan jer...
sementara menunggu makanan sampai, adam dah mengerjakan kedua-dua air tu.. siap duduk atas meja lagi
aku memilih untuk menikmati chicken chop.... nyam nyam
tapi sayangnyer seleraku terbantut, sebab ayam nyer terlalu masin. Frust betul... Terpaksa kongsi Nasi Goreng ngan Adam... Susah tul nak cari western food yang betul-betul sedap kat sni... Terpaksa buat sendiri (konon, cam la sedap ngat masak)... :)

Saturday, July 02, 2011
Happy Birthday Sayang......
Hari nie hari lahir Adam. Kini Adam di usia 3 tahun. Kalau di tanya umurnya, pasti dengan susah payah dia akan menunjukkan 3 jarinya. Pantasnya masa berlalu....
Sebenarnya tak rancang pn nak wat camnie, tapi entah camner, perancangan awal nak wat bbq kat umah mak yang pada awalnya tak jadi tetiba jadi pulak. Tu pun petang tadi akak aku call bgtau bbq on. X sempat nk cari goodies...

Besday nie wat sekali ngan aiman yang hari lahirnya pada 4/7. Kira nie sambut peringkat famili la. Peringkat sekolah 2nd time nnt.. hehehe... Happy Besday yer Aiman....
Tengok tu masing-masing x sabar nak potong, lilin pun belum tiup lagi |
Bukan setakat birthday boy yang 2 orang tu jer yang bersemangat nak tiup, naufal yang sebelah adam tu pn tiup sekali. Tolong-menolong, nnati kalu lambat padam, lambat pulak dapat makan kek.
Akhirnya adam potong kek sempena ulangtahun kelahirannya. Member kat sebelah tu pun dah siap sedia menanti.... Happy Birthday Sayang..
Subscribe to:
Posts (Atom)