Tuesday, July 12, 2011

Jambangan Bunga Di Hari Lahir

Di pejabat, pagi-pagi lagi dah dapat kejutan. Menerima jambangan bunga dari rakan rakan di unit tu. Entah bila dorang gi tempah pn aku tak tau, sedar-sedar muncul jer dari belakangku, siap dengan nyanyian lagi tu... Terima kasih semua..

Cantikkan...

Kejutan tak terhenti setakat tu jer, masih ader lagi kemudiannya dari rakan-rakan yang lain...
  





Terima kasih atas ingatan kalian semua. Detik yang indah untuk diabadikan dalam hidup.

Peringkat usia kanak-kanak hingga remaja memang saat yang paling mengembirakan untuk meraikan hari lahir. Tapi pada aku untuk meraikan hari lahir disaat sudah dewasa ianya bukanlah untuk diraikan dengan gembira tetapi diraikan untuk mengingatkan diri tentang usia yang kian meningkat, mengingati semula ape yang telah dan patut dibuat dalam meniti usia tersebut...

No comments: