Friday, July 29, 2011

Tangisan....


Kenapa biasanya kalau kita tak dapat nak ungkapkan perasaan selalunya kita akan menangis, lepas itu berakhir dengan diam tanpa penyelesaian. Sedangkan orang tak tahu ape yang kita rase. Bahkan menyebabkan kita rase lebih tertekan. Kebenaran tetap tak terungkap.

Aku tergerak untuk berkongsi bahan bacaan yang mengisi kekosongan malamku tadi ….

“ Kita perlu tangisan yang boleh meredamkan kejahatan dalam hati. Hakikatnya masalah yang berlaku berpunca dari dosa-dosa kita sendiri. Mungkin kita terlalu lalai dengan kewajipan sebagai hamba sehingga Allah SWT menegur dengan caraNya yang tak disangka-sangka.  Hinggalah mula dengan pergaduhan kecil, ugut mengugut, cela mencela hinggalah berlakunya keganasan.

Zikirlah untuk mengekang kejahatan lidah. Sebelum keganasan berlaku, tangisilah dosa-dosa yang oleh tangan, kaki,lidah,hati,perut dan kemaluan kita.

MENANGISLAH kerana kelalaian kita sendiri.
MENANGISLAH jika ia boleh melembutkan hati apabila kasih tiba-tiba tak dihargai.
MENANGISLAH saat menjalani susahnya ujian kehidupan moga mampu memberi semangat yang baru.
MENANGISLAH ketika menunggu pertolongan Allah SWT, ketika tiada siapa dan apapun boleh menolong melainkan DIA.
MENANGISLAH sepuasnya sampai kita merasai bahawa tangisan itu curahan cinta Allah kepada hamba-Nya yang mengesal.
MENANGISLAH semata-mata mahukan rahmatNya …..
Kerana tangisan itu sebenarnya telah membuka sebuah pintu yang pernah dilalui para Nabi dan orang beriman…

TAPI….
JANGAN MENANGIS kerana mengingati ribuan ringgit yang hilang
JANGAN MENANGIS kerana benci dan dendam yang tak dapat dibalas
JANGAN MENANGIS untuk sangka-sangka buruk yang tiada bukti kebenarannya
JANGAN MENANGIS jika ia melunturkan semangat dan harapan untuk hidup
JANGAN MENANGIS ketika marah, kerana tiada yang lebih dasyat dari kemurkaan Allah

Tangisan mewakili hati yang sedih. Ketika ditimpa musibah pun Allah SWT tunjuk betapa kasihnya DIA menuntun kita untuk keluar dari masalah itu…

MENANGISLAH kerana  mengingati Allah SWT, takut padaNya, mensyukuri nikmatNya, betapa jasa-jasa dan kemurahanNya  melimpah-limpah setiap masa”

Sumber : Mingguan Wanita Bil.1436 Edisi 27 Mei-2 Jun 2011 Oleh Dr. Haji Juanda bin Haji Jaya, Perunding Undang-undang Keluarga. 

No comments: