Alhamdulillah syukur kerana masih dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan pada tahun ini. Hari pertama nie terase keletihan skit. Mungkin sebab badan letih coz baru sampai malam tadi kemudian bangun plak awal untuk bersahur, mujurlah mak mertua ku dah bekalkan Udang Masak Lemak, cukupla buat santapan sahur.
Dah seminggu dapur rumahku ini tak berasap sebab balik kampung. Aku pun tak tau nak masak pe, pergi pasar tadi pun, ambil jer ape nampak. Dengan berkat kesungguhan melawan kemalasan makanya inilah juadah berbuka puasa hari nie.
Aku berharap semoga ramadhan tahun ini penuh bermakna. Agar dapat kulalui dengan lebih sempurna.. Moga nafsu yang selalu membelenggu diri dapat ku lenturkan.. Setiap tahun juga aku sentiasa mengharapkan ramadhan memberiku Cahaya PetunjukNya.. seperti maksud disebalik nama yang diberi Ayah dan Mak....
Insya Allah...
Selamat Berpuasa aku ucapkan buat semua umat islam (yang berpuasa :).
No comments:
Post a Comment