Hari Kantin SK Tanah Rata ni diadakan pada sabtu baru ni... beberapa hari sebelum tu Hariz dah sibuk minta duit untuk beli kupon tapi aku tak bagi beli awal, bimbang takut hilang. Apa lagi merajuk la setiap pagi selagi tak bagi duit. Jumaat baru aku belikan, tapi dah beli pun dia masih tak puas hati, maybe sebab dia tak faham kupon tu diganti duit walaupun dah berbuih aku terangkan.
|
strawberi coklat antara gerai yang mencuri tumpuan |
Bila tiba hari yang dinanti, aku ikut dia pergi seawal pagi walaupun ikutkan ibu bapa dijemput jam 9.30am. Mujur juga la aku datang awal sebab seperti yang aku jangka dia tak pandai nak beli. Bukan hariz seorang la, kawan-kawan dia yang sebaya pun sama, dari jauh aku tengok diaorang nie asyik dok berbincang jer...
Ialah bagi yang dah biasa dan yang umur 7-12 tu memang dah pandai kan tapi untuk sesetengah budak-budak pra cam diaorang tu ada yang tak biasa membeli sendiri tentunya agak janggal untuk mereka..
|
agak panas cuaca hari tu |
Jadi untuk kali pertama tu aku ajarkan Hariz dan kawan-kawannya cara nak beli dan guna kupon tu dan dan lepas pada tu aku lepaskan jer diaorang membeli sendiri, pandai-pandai la belajar sendiri kan. Program sebegini amat bagus diadakan untuk memberi pengalaman baru kepada mereka.
|
Bila kuasa membeli ditangan dia.. |
Tu muka frust tu, sebab nak masuk rumah hantu orang ramai, nak naik lori bomba pun orang beratur panjang, kita bergamba kenangan kat luar jer la yer Hariz...
No comments:
Post a Comment