Maka pada hari Sabtu lepas, kami sekeluarga memilih Pantai Sepat...
Menu alam yang kami pilih ialah kambing dan ayam... Untuk sos aku buat brown sauce dan black paper sauce.... Lain-lain menunya nasi goreng, sandwich, roti paung, nasi impit kuah kacang yang dibuat oleh lain-lain chef... hehe...
Bukan main seronok anak-anak nie main pasir... kononnya nak wat istana la... dari rumah lagi aku dengar Hariz ajak sepupu yang lain untuk wat istana pasir bila dah sampai nanti... aku pun tak pasti mana dia tau tentang istana pasir tu... sebab seingat aku takde pulak aku pernah bawak dia main camtu... tengok kat tv agaknya....
Tapi lum sempat istananya siap, anak-anak kecil sibuk pulak nak mandi... yerla... dah tengok abang-abang yang lain main air kan... tapi dorang hanya dibenarkan main kat tempat cetek nie jer la....
Kenapa aku tak tak pilih nak buat makan-makan jer kat rumah.... sebab mak dan tok asyik memerap jer kat rumah.... kalau mak kua dengan ayah sapa pulak nak jaga tok kan dan kenapa aku tak nak pilih untuk makan kat kedai... sebab benda tu dah biasa sangat.... memang la tak penat badan tak payah masak dan mengemas kan... tapi keseronokan berkumpul tu tak sama..... tak mewujudkan suasana yang lebih mesra dan kerjasama.....
Dan alhamdulilllah, aktiviti yang kami pilih ini berjalan lancar dan suka rasa hati bila tok cakap suka bila dapat sesekali kua makan macam nie..... tima kasih gak untuk mak sedara ku dan keluarga yang sudi join kami nie.... :)
Moga lepas nie kita boleh rancang buat Hari Keluarga MYA pulak.... kan.... Insya Allah...
No comments:
Post a Comment