Thursday, August 01, 2013

Balik kampung.. hohoho balik kampung

Time nak dekat raya nie memang best jer dengar lagi balik kampung tu kan.... macam la aku balik kampung setahun sekali, padahal tiap-tiap bulan balik... tapi balik kampung dekat nak raya ni suasana nya lain sikit la kan....

Esok dah nak balik... Alhamdulillah cuti sebelum and selepas yang aku mohon diluluskan... ialah dah 10 tahun aku keje kat sni... inilah pertama kali dapat cuti sebelum dan selepas yang lama macam ni...

Sejak semalam lagi beg baju dah aku kemaskan... kot tertinggal pulak nanti baju raya... terpaksa beli baju baru lain pulak nanti (ceh.... alasan nak baju baru lagi lah tu ^_^)

Kuih-kuih pun sedang menunggu untuk dibungkuskan juga nie... takut tertinggal....


Tahun ni juga tahun kerajinan aku buat kuih... 3 jenis kuih yang aku buat sejak awal puasa aritu.. Barang-barang pulak aku beli sebelum puasa lagi. Semangat tul kan.. Inilah hasilnya... Almond London, Conflakes Madu dan Nestum Kelapa...


Sebenarnya.... ini cuma sebahagiannya jer... yang berbekas-bekas lagi aku dah bawak balik masa pertengahan puasa aritu... Setiap jenis kuih tu 3 adunan sekali aku buat... memang sakit pinggang juga la menyiapkan sorang-sorang.. tapi puas hati sebab jer...

Ok... untuk kawan-kawan yang dah bermula cuti awal macam aku nie... selamat bercuti di ucapkan... dan semoga selamat dalam perjalanan pulang ke kampung... Insya Allah..


1 comment:

emy said...

Mlm raya aku calling2 ko...ingat nk jmp ko ngan linda...lama kter2 xsembang kan...sambil2 mkn kek ko nk bt nnti...hehehe