Hari nie, 5 tahun yang lalu, aku melahirkan seorang puteri yang mana puteri itu pergi sebelum sempat melihat dunia dan mamanya. 5 tahun sayang pemergianmu. Dan 32 hari yang lalu aku selamat melahirkan seorang lagi puteri yang wajahnya persis wajah puteriku dulu. Sememangnya dia puteri pengganti yang aku nanti. Aku bersyukur dengan pemberian dariNya ini.
Bohong kalau aku katakan aku tak fobia dengan peristiwa lalu. Ya, perasaan takut untuk 'hilang' sekali lagi tu tetap ada. Namun aku tetap buat persiapan menyambut orang baru ini seadanya.
Melahirkan anak yang ketiga ini tidaklah semudah yang kedua. Kalau Hariz dulu 'forcep', kali ini 'vacuum' pulak. Aku sakit dari rumah seawal jam 7 pagi lagi, tapi sebab sakit yang kukira lambat lagi yang kononnya dari pengalaman sebelum ni jadi aku hanya rilek dengan menyiapkan diri untuk ke hospital.
Kurang lebih kul 10 pagi aku di Low Risk, HTAA kemudian dalam pindah ke High Risk (atas nasihat doktor semasa di CH dalam buku merah aku tu) dan juga mungkin juga sebab keadaan aku ketika tu.
Sesampai di Labour Room.. terus rs nak bersalin. Baby mcm nak kua sesgt dh. Tp waktu tu aku mmg xde kekuatan nak 'meneran'. Berkali ku cuba dan bila doc cakap kena vacuum aku redha jer... dah x peduli walau dia cakap jahit banyak ke apa. Yang aku tahu aku nak baby aku selamat. Sebenarnya masa di Low Risk aku dgr doc pggl ayah aku dan bagitau yang tekanan darah aku naik, baby dah berak kat dalam dan jantungnya lemah. Maka sebab itu la aku tak kisah apa doc nak wat janji anak aku keluar dan hidup.
Aku hanya nak dia jer. Aku takut rasa kehilangan lagi dan aku sendiri pun tak tau macam mana nak hadapi kalau sesuatu berlaku. Hanya Allah yang tau perasaan waktu tu. Akhirnya puteriku selamat dilahirkan an diletak diatas perutku. Tapi aku tak dapat nak tengok sebab terlindung dengan kain dan baju. Aku hanya dengar tangisannya sekejap je dan kemudian terus diambil pegi. Lama aku kat labour room tu sebab tunggu baby. Aku dimaklumkan baby ku terus diberi bantuan oksigen sebab keadaan jantungku dah lemah. Mujur dorang bgtau masa baby dah ada pada aku untuk disusukan. Kalau gta awal.. lg byk bnda lak aku fikir masa tgh tggu tu.
Perasaan bimbang sekali lagi menghantui masa aku bawa dia ke kinik untuk cucuk sebulan. Doc suh refer ke HTAA untul ultrasound. Sebab ada satu tanda ditelinganya. Ya Allah... mak tau aku risau. Berkali kali mak nasihat supaya tak fikir sangat. Itu hanya andaian sahaja. Semoga nanti dia tak apa-apa. Itu doa mama buatmu puteriku.
Terima kasih pada doktor dan petugas di Low Risk dan High Risk HTAA Kuantan. Dah 2 kali bersalin kat sini dan layanannya tetap baik macam 5 tahun lalu.
Sebenarnya aku kongsikan pengalaman bersalin ni jugak untuk ingatkan diri aku tentang erti pengorbanan seorang ibu. Mungkin ada diluar sana yang tak merasa dibesarkan ibu, tapi ketahuikah kamu mcm mana sukarnya ibu itu melahirkan kamu.
Sekadar Ingatan Bersama..
Saturday, May 30, 2015
Friday, April 24, 2015
Mango Cheese Cake Yang Mudah
Inilah hasil percubaan pertama mango cheese cake. Dah sarat pun sibuk membaking lagi kan. Aku google resepi paling senang. Resepi nie tak perlu nak guna mixer bagai, cuma guna blender jer. Cumanya kejadiannya nipis aje, sebab loyangnya besar. Loyang kecik ada tapi bukan jenis yang boleh bukak tu. Aku share resepi kt sni supaya senang gak aku nk cari nanti. Aku tak ingat kat mana aku jumpa resepi ni dan aku ubah sikit..
Untuk Base nya aku tak ikut sukatan. Aku ikut suka jer.. agak-agak.
Gaulkan biskut marie yang dah diblend dengan mentega yang dicairkan... ratakan dalam loyang/bekas. Simpan dalam peti lebih kurang 30 minit.
Larutkan 15 gm gelatin dengan 60ml air panas (ketepikan)
Blendkan bahan-bahan nie..
250gm cream cheese
250ml susu full cream
1 cawan gula
1/2 cawan puree mangga (aku blend setengah biji mangga dgn setengah cawan air)
Dah agak-agak kembangnya masukkan gelatin yang dah di larutkan tu dan blend sekejap untuk sebati. Tuang aduan dalam loyang yang berisi base tadi. Simpan dalam peti beku lebih kurang 1 atau 2 jam atau agak-agak dah keras.
Untuk Toppingnya...
1/2 cawan puree mangga (buat sama macam tadi)
1 1/2 sudu kecil gelatin
1/2 cawan air panas
1 sudu gula
Rendam serbuk gelatin dengan air hingga kembang. Dan gunakan kaedah double boiler, satukan bahan toping dan kacau bersama gelatin yang dah larut tu. Agak-agak dah suam baru letakkan atas cheese cake tadi. Tapi sebelum aku letakkan toping nie.. aku letakkn dulu hirisan mangga. Nak hias or bentukkn cantik-cantik pun boleh. Tapi kalau malas, wat jer lebih kurang macam aku tu. Ok dah bley simpan dalam peti beku tu semula. 2 jam or agak-agak dah keras bleh la makan.
Pic atas nie pulak, yang aku buat masa dah balik bercuti kat kuantan. Tingginya dah cantik tapi malangnya toppingnya aku tersalah wat.. aku blend jer semua bahan tu... sebab tu berbuih dan tak nampak mangga yang aku hias cantik atas tu... Pastu tak puas hati buat sebijik lagi... dalam masa yang sama...tetap jadi cam tu gak... lastly baru terpikir kesilapan tersebut.... Cehh..
Hahaha... tetiba terselit pic roti plak. Punya la rajin mak yong ni kan... dah la 2 biji cheese cake tu sekali buat, pastu meroti lagi. Tak pe... nanti dah berehat panjang... tak turun la ke dapur... Cuti dari dapur...
Subscribe to:
Posts (Atom)



