Monday, June 11, 2018

Rindu Yang Tiada Penghujung

Assalamualaikum...

Rindunya rasa hati ini. 2 tahun meninggalkan blog nie. Walau banyak benda yang ingin diceritakan namun banyak sangat kekangannya. Faktor mood, kerja di office di rumah di sekolah anak... dan bertambah tambah kekangan lagi bila komputer and laptop kat rumah rosak. Bukan tu jer.. tab pun rosak... Tak terganti rasanya bila semua rosak hampir serentak... Huhu. bertabahlah...

Hari nie dah 26 Ramadhan. Semakin hampir Ramadhan meninggalkan kita. Dan Ramadhan ini menjemput rasa rindu pada orang-orang tersayang yang telah pergi. Arwah Aki yang pergi meninggalkan kami pada Ramadhan 19 tahun lalu. Rindu dengan Arwah tok yang dulu masih memasak dan tetap mahu bantu buat persiapan raya walaupun hanya mampu duduk sahaja di waktu itu.

Dan rindu yang teramat kepada puteriku... yang pergi 2 bulan sebelum ramadhan 8 tahun yang lalu. Walau 8 tahun telah berlalu... namun entah kenapa rasa bersalah kepadamu masih sukar untuk diluputkan. Kalau masa boleh diundur, takkan ku pinta untukmu tunggu sehingga mama pulang sayang. Namun mama redha. Sesungguhnya DIA hanya pinjamkanmu hanya dirahim ini anakku... untuk kita bertemu disana nanti. Dikau pergi membawa rasa rindu dan sayang ini bersamamu.

............................................................... Al-Fatihah .............................................................

#19011999
#27032014
#30052010

No comments: