Kesian hariz. Sejak dah berpisah dengan botol susunya, dia sekarang dah tak nak minum susu lagi. Risau jugak aku. Ialah, makan pun puas pujuk baru makan, susu tu kiranya cukup untuk kenyangkan dia. Puas aku pujuk untuk minum susu, aku buat dalam cawan, dalam botol air, campur dalam milo semua di atak nak. Tambah lagi kalau minum dalam cawan, terus nak muntah, dia cakap masin. Pelik sebab aku sukat sama jugak kalau buat dalam botol susu dia dlu.
Aku tak berniat nak hentikan dia dari minum susu sebab aku tau dalam usia sekarang, susu tu masih penting untuk dia membesar tambahan lagi dia kurang nak makan dan aktif. Niat asal aku sebenarnya cuma nak pisahkan hariz dengan botol susu, sebab dia skang dah mengikjak umur 4 tahun dan aku tgk dia terlalu bergantung kepada botol susu, nangis skit nak susu, nak tdo pun kena ada botol kat mulut. Kadang tu susu tak luak, tapi mulut tu dok menyoyot puting or gigit puting tu. Tak sampai seminggu puting putus dan berganti baru.
Aku dapat idea, aku tak nak ganti puting yang dah putus dengan puting yang baru, alasan aku kat dia puting baru dah habis. Kadang tu perasaan keibuan terusik jugak bila merengek nak susu, keadaan tu bila dia menangis dan nak tido, tapi aku keraskan hati. Aku cuba pujuk dia selembut yang mungkin, alasan yang sama tetap diberikan dan susu dalam cawan tetap aku sediakan tapi sayangnya tak berusik.
Apelah yang aku nak buat dengan susu yang masih banyak tu..n macam mane lagi nak pujuk dia untuk minum susu kembali....
Thursday, April 26, 2012
Tuesday, March 27, 2012
Sunyi Tanpa Hariz
Memang sunyi yang teramat. Masa balik cuti minggu lepas aku tinggalkan hariz dengan neneknya, itupun atas kehendak dia juga bila aku tanya nak ikut aku or tinggal ngan nenek.
Bukan sebelum nie aku tak penah berjauhan ngan hariz, biasa juga tinggalkan dia kalau pergi berkursus, cuma mungkin kali nie keadaan berbeza, kalau berkursus tu kat tempat lain, suasana pun lain n kali nie kat rumah sendiri, banyak waktu di habiskan dengan dia kat rumah nie so sentiasa la ingatkan dia.
Semalam masa tengah memasak kat bawah, aku naik atas nak tengok dia tengah wat ape, n masa mandi pun aku hampir nak panggil nama dia, nak tanya dia wat pe. Lupa yang dia takde kat umah. Memang itu la kebiasaan yang selalu aku wat bila tinggal berdua dengannya. Kalau tak nampak depan mata memang kena panggil, yer la risau gak kalau dia main sorang2, kat tingkat atas pulak tu.
Tadi telefon pun hariz dah sibuk bertanya bila nak ambil dia. Emm, sian la plak. Boring nie nak tunggu sampai jumaat baru nak balik.. Alamak, cam ner la nanti kalau sibuk ngan PRU13 terpaksa gak tinggalkan dia ngan tok or nenek nya....
Tu la perasaan seorang ibu terhadap seorang anak kan. Jaga dari kecil sampai besar kemudian hidup berjauhan. Macam nie la kot rasenya kalau anak-anak yang dah besar tapi jarang nak menjenguk ibu bapa. Sentiasa menghitung hari-hari yang berlalu. Teringat pulak kata-kata ayah aku dlu... ish aku nie, suka sangat nak flashback.... dah lari dari tajuk cite pulak.
Insya Allah, esok bolehla balik jumpa hariz.....
Subscribe to:
Posts (Atom)