Tuesday, March 27, 2012

Sunyi Tanpa Hariz

Memang sunyi yang teramat. Masa balik cuti minggu lepas aku tinggalkan hariz dengan neneknya, itupun atas kehendak dia juga bila aku tanya nak ikut aku or tinggal ngan nenek.

Bukan sebelum nie aku tak penah berjauhan ngan hariz, biasa juga tinggalkan dia kalau pergi berkursus, cuma mungkin kali nie keadaan berbeza, kalau berkursus tu kat tempat lain, suasana pun lain n kali nie kat rumah sendiri, banyak waktu di habiskan dengan dia kat rumah nie so sentiasa la ingatkan dia.

Semalam masa tengah memasak kat bawah, aku naik atas nak tengok dia tengah wat ape, n masa mandi pun aku hampir nak panggil nama dia, nak tanya dia wat pe. Lupa yang dia takde kat umah. Memang itu la kebiasaan yang selalu aku wat bila tinggal berdua dengannya. Kalau tak nampak depan mata memang kena panggil, yer la risau gak kalau dia main sorang2, kat tingkat atas pulak tu.

Tadi telefon pun hariz dah sibuk bertanya bila nak ambil dia. Emm, sian la plak. Boring nie nak tunggu sampai jumaat baru nak balik.. Alamak, cam ner la nanti kalau sibuk ngan PRU13 terpaksa gak tinggalkan dia ngan tok or nenek nya....

Tu la perasaan seorang ibu terhadap seorang anak kan. Jaga dari kecil sampai besar kemudian hidup berjauhan. Macam nie la kot rasenya kalau anak-anak yang dah besar tapi jarang nak menjenguk ibu bapa. Sentiasa menghitung hari-hari yang berlalu. Teringat pulak kata-kata ayah aku dlu... ish aku nie, suka sangat nak flashback.... dah lari dari tajuk cite pulak.

Insya Allah, esok bolehla balik jumpa hariz.....

1 comment:

mamasuri said...

ala siannyer...takpe..belajar utk rindu kat anak..sbb kadang2 bila anak degil kte selalu marahkan dia kan...hehee..