Saturday, March 03, 2012

Hari Yang Mencabar

Minggu ni merupakan minggu untuk hariz melalui fasa yang baru. Belajar untuk tidak memakai lampin lagi. Mungkin untuk ibu-ibu yang lain peringkat umur hariz sekarang agak lewat untuk di ajar begitu, tapi bagi aku, aku tak mahu begitu mendesak dia. Pernah ketika berkongsi cerita dengan seorang teman, dia ajar anaknya untuk tidak memakai lampin seawal umur 2 tahun. Bukan aku tak pernah cuba, dah banyak kali, tapi kepandaiannya berkata-kata membuatkan aku mengalah.

Dan akhirnya minggu ni, pengasuhnya memulakan langkah ni. Katanya dia sorokkan daripada hariz and bila hariz tengok takde, dia pun merelakan diri tidak memakainya. Sepanjang hari berkerja, masa yang aku ade bersama hariz cuma bermula awal pagi n lewat petang, so aku memang pakaikan sebab dia tido malam pun awal. Hari nie merupakan hari pertama untuk aku habiskan sepanjang hari dengan dia untuk melalui fasa nie. Aduh, memang mencabar kesabaranku...

Aku pun tak tau la macam mana ibu-ibu disini melatih anaknya. Ialah dengan cuaca yang sejuk cam nie, dah tentu banyak kali ke tandas, asyik nak terkencing jer. Cuma lah korang bayangkan cuaca hari nie hujan sepanjang hari dengan berkabusnya, pastu di tambah lagi dengan tak de air sejak petang semalam (bukan kena potong yer, masalah bekalan). Mujur lah air disinki masih juga keluar walaupun macam segan silu nak keluar, yang tu la aku tadahkan dan angkut ke bilik air atas (berjimat takut air tangki habis), elok aku penuh satu baldi, si hariz nie pulak membuang hajat besarnya dalam seluar, ape lagi hangin la aku, habis satu baldi besar tu aku kerjakan. Tu baru tengah hari belum lagi sampai ke petangnya. Perasaannya Tuhan jer yang tau.

Tapi setiap kali aku melalui peringkat-peringkat yang mencabar sepanjang membesarkan anak ni, aku pasti akan memikirkan mak aku, macam mana la waktu mak melalui detik ini ketika membesarkan aku, bukan saje aku malah kakak dan adik-adikku. Aku cuma sorang ni jer kadang tu dah tak larat.

Sepangjang munggu nie juga ade perubahan pada hariz yang aku perasan dan juga dari ape yang diceritakan pengasuh. kalau sebelum nie dia pasti akan berak setiap pagi/tengahari atau sekurangnya pd siang hari dan satu lagi dia akan tido petang, tapi sejak akhir2 nie tak pulak. Dia berak sebelum tido (waktu tu kan dah pakai lampin), tdo malam pun awal. Mungkin dia masih belum menyesuaikan diri sepenuhnya.

Esok lusa entah apa lagi kerenahnya. Tunggu, lihat dan layan jer la...


1 comment:

Anonymous said...

Another world's wonders in the making.. Gallery BiGDee House of Magic Potions world's first nano microfungus potions- Taman Royal Lily, Tanah Rata. Come and experience the wonders!