Sedar tak sedar kita dah berada dipenghujung ramadhan. Ini pun mungkin entri di dapurku untuk kali terakhir dibulan ramadhan nie.. Bukan pe, kadang tu xde masa nak online.
Nie antara juadah ku sepanjang beberapa minggu n hari yang lepas. Sekadar berkongsi bagi mereka yang tercari-cari idea untuk juadah berbuka...
Nasi Ayam Percik...
Nasi ayam tu aku masak macam biasa. Cuma ayam yang dah aku stim kan tu, aku bakar n gorengkan dalam kuah percik tu. Aku juga buat simple acar. Timun, tomato, lobak n bawang besar aku gaulkan bersama dengan air limau nipis. Cuba lah, lagi sedap dari makan nasi ayam biasa tu... :)
Pulut Sekaya
Percubaan pertamaku buat kuih-kuih yang macam nie. Resepi nie aku ambil dari facebook kuih muih kelate. Sedap gak kuih nie, rase manis-manis lemak.
Sotong Goreng Kunyit
Nie biasa la. Kesukaan Hariz. Kalau makan dengan nasi yang lembik skit dan panas, bertambah-tambah makan nasi.
Sup Isi Ketam
Yang ini pun percubaan pertamaku. Rase kesedapan sup nie masih aku terbayang-bayang masa makan kat Seri Malaysia, Genting. Yang aku wat nie, ok la. Sedap juga. Tak la setanding chef kan. Bahan n cara pun pun simple jer. Rebus ketam, ambil isinya. Tumis bawang putih dan merah, dah naik bau, isikan air rebusan tadi. Pastu isi ketam+garam+jagung (tak nak pun takpe). Untuk pekat gunakan bancuhan tepung jagung. Masak sampai pekat.
Itulah antara juadahnyer. Pernah gak aku cuba wat pulut panggang sendiri. Tapi gambarnya xsempat nak snap, dh habis. Hehe. Di daerah nie, ade jual pulut panggang, tapi tak memenuhi citarasa, coz sambalnya kelapa n manis. Daerah kelahiranku n pantai timur umumnya, pulut panggangnya berintikan ikan. So terpaksala buat sendiri. Resepinya pulut panggangnya segan nak bagi, coz ikut suka jer. Hehehe...
Selamat Menjalani 10 Malam Terakhir di Bulan Ramadhan Ini (disamping kesibukan membuat kuih raya :)
Tuesday, August 23, 2011
Tuesday, August 16, 2011
Kenangan Ramadhan Mengusik Jiwa
Sedar tak sedar hari nie dah hari yang ke 16 umat islam berpuasa. Sekejapnyer rase masa berlalu. Lagu raya pun dah bertambah rancak berkumandang di radio.
Sedar tak sedar juga sudah 9 tahun aku berpuasa di daerah ini. Dan selama 9 tahun tu jugaklah, setiap kali selesai berbuka, pasti kenangan lalu mengusik jiwaku. Berbuka bersama keluarga, ayah, mak, kakak2 dan adik2 aku. Selesai berbuka kami akan solat maghrib berjemaah, berdoa dan bersalam-salaman. Yang bestnya kami berebut-rebut nak bersalam dlu ngan ayah ngan mak... Hehe... Indahnya waktu tu.
Teringat aku, macam mana ayah dan mak berleter sebab menunggu lama untuk solat. Mana taknyer, kami adik beradik sibuk makan jer dlu, sedangkan ayah ngan mak aku sudah bersiap di tikar sembahyang sebaik berbuka ala kadar. Bila masing-masing dah kenyang, perut dah penuh, mulalah malas nak bangun. Masing-masing tolak menolak suruh amik wudhuk dlu.
Hehehe, kelakarnyer.. Waktu berbuka tu kalau boleh masing-masing bertanding gelas sape yang paling besar sekali. Kiranyer kalau dapat habiskan air tu terer la... Huhu.. Ntah ape ape ntah... Benda cam tu pn nak bertanding. Tu dulu, tapi sekarang makan dan minum pun ala kadar. Cukup setakat mengisi perut. Masak pun tak banyak, cukup2 jer, takut membazir.
Sekarang ni pun kalau balik kampung pun suasana dah tak macam dlu. Selepas berbuka ayah dengan mak jer berjemaah berdua. Yerla, kalau kami semua berjemaah skali, mau ade cucunya yang merangkak dicelah-celah tu. Bila ade cucu yang dah besar ade pulak cucu lain pulak yang lahir. Teringin juga sebenarnya nak berjemaah sekali, tapi mungkin mereka fikir kami semua dengan famili masing-masing jadi tak la mengajak. Aku pun tak pernah pulak bersuara........
Begitulah putaran waktu... yang juga membawaku pada kehidupan sekarang. Ape yang berlalu akan terus berlalu menjadi kenangan yang abadi. Yang mampu dilakukan hanyalah memperbetulkan diri untuk menjadi lebih baik dari dlu... juga memohon ampun dengan Allah atas dosa-dosa yang lalu.

.....................Kenangan Lalu Mengusik Jiwa.....................
Subscribe to:
Posts (Atom)