Monday, February 17, 2014

Hari Kantin SK Tanah Rata 2014

Hari Kantin SK Tanah Rata ni diadakan pada sabtu baru ni... beberapa hari sebelum tu Hariz dah sibuk minta duit untuk beli kupon tapi aku tak bagi beli awal, bimbang takut hilang. Apa lagi merajuk la setiap pagi selagi tak bagi duit. Jumaat baru aku belikan, tapi dah beli pun dia masih tak puas hati, maybe sebab dia tak faham kupon tu diganti duit walaupun dah berbuih aku terangkan.

strawberi coklat antara gerai yang mencuri tumpuan
Bila tiba hari yang dinanti, aku ikut dia pergi seawal pagi walaupun ikutkan ibu bapa dijemput jam 9.30am. Mujur juga la aku datang awal sebab seperti yang aku jangka dia tak pandai nak beli. Bukan hariz seorang la, kawan-kawan dia yang sebaya pun sama, dari jauh aku tengok diaorang nie asyik dok berbincang jer...
Ialah bagi yang dah biasa dan yang umur 7-12 tu memang dah pandai kan tapi untuk sesetengah budak-budak pra cam diaorang tu ada yang tak biasa membeli sendiri tentunya agak janggal untuk mereka..

agak panas cuaca hari tu
Jadi untuk kali pertama tu aku ajarkan Hariz dan kawan-kawannya cara nak beli dan guna kupon tu dan dan lepas pada tu aku lepaskan jer diaorang membeli sendiri, pandai-pandai la belajar sendiri kan. Program sebegini amat bagus diadakan untuk memberi pengalaman baru kepada mereka.

Bila kuasa membeli ditangan dia..
Tu muka frust tu, sebab nak masuk rumah hantu orang ramai, nak naik lori bomba pun orang beratur panjang, kita bergamba kenangan kat luar jer la yer Hariz...


Thursday, February 13, 2014

Roti Oh Roti

Sebenarnya sejak bulan lepas lagi mood meroti nie datang... perasaan nak mencuba tu membuak-buak.... dan cubaan pertamaku agak kurang menjadi... rasa ok... tapi cuma lembut masa masih panas je... bila dah sejuk keras...

Lepas tu aku pun buat cubaan kedua lepas beberapa kajian dilakukan... (kajian la sangat) dan hasilnya...


Hasil percubaan kedua roti ni alhamdulillah menjadi.... sekali hadap jer untuk minum petang....  yang ini rasenya aku guna resepi roti paung cuma ade sikit yang aku ubah....

Pastu kali ketiga buat, tak berapa menjadi... cam keras... waktu tu aku ambil resepi bun manis kot... ntah aku pun dah lupa... kononnya buat khas untuk chef nadiah la waktu datang sini... hehe

Lepas dari beberapa kesilapan tu aku masih mencuba dan hasilnya menjadi... alhamdulillah...

Dan dalam kesibukan kerja dan menyiapkan jadual harian Hariz... petang tadi masih sempat membuatnya lagi... kali nie aku buat Roti Butterscotch.... adunannya aku buat masa balik rehat.... so balik kerja... dohnya dah siap naik cantik... tunggu untuk di bulat-bulat kan jer.... Inilah hasilnya....



Cantik jerkan....memang lembut sangat... walaupun bila dah sejuk... kalau nak resepinya boleh ambil kat jintan manis... cuma aku tak letak la gula kat atas... aku glisskan permukaan bun tu dengan butterscotch sauce dan bila dah masak aku gliss kan pulak dengan marjerin... memang sedap...

Ok.. jangan serik untuk mencuba yer....




Monday, February 10, 2014

Aktiviti Bersama Keluarga



Beberapa hari sebelum aktiviti ni terjadi, kami adik beradik telah mengadakan mesyuarat dan undian melalui group WhatsApp untuk memilih program yang akan dibuat. Samada makan-makan dirumah, makan di mana-mana kedai makan kat Tg Lumpur atau berkelah.... aku dan dua adik lagi pastinya memilih untuk berkelah... aktiviti keluarga yang memang dah lama kami tak buat... kali terakhir seingat aku sebelum aku keje kat CH nie lagi..... Jadi 2 lagi akak aku yang memilih makan diluar kalah... hahaha....

Maka pada hari Sabtu lepas, kami sekeluarga memilih Pantai Sepat... 



Menu alam yang kami pilih ialah kambing dan ayam... Untuk sos aku buat brown sauce dan black paper sauce.... Lain-lain menunya nasi goreng, sandwich, roti paung, nasi impit kuah kacang yang dibuat oleh lain-lain chef... hehe...




Bukan main seronok anak-anak nie main pasir... kononnya nak wat istana la... dari rumah lagi aku dengar Hariz ajak sepupu yang lain untuk wat istana pasir bila dah sampai nanti... aku pun tak pasti mana dia tau tentang istana pasir tu... sebab seingat aku takde pulak aku pernah bawak dia main camtu... tengok kat tv agaknya....

Tapi lum sempat istananya siap, anak-anak kecil sibuk pulak nak mandi... yerla... dah tengok abang-abang yang lain main air kan... tapi dorang hanya dibenarkan main kat tempat cetek nie jer la....


Kenapa aku tak tak pilih nak buat makan-makan jer kat rumah.... sebab mak dan tok asyik memerap jer kat rumah.... kalau mak kua dengan ayah sapa pulak nak jaga tok kan dan kenapa aku tak nak pilih untuk makan kat kedai... sebab benda tu dah biasa sangat.... memang la tak penat badan tak payah masak dan mengemas kan... tapi keseronokan berkumpul tu tak sama..... tak mewujudkan suasana yang lebih mesra dan kerjasama.....

Dan alhamdulilllah, aktiviti yang kami pilih ini berjalan lancar dan suka rasa hati bila tok cakap suka bila dapat sesekali kua makan macam nie..... tima kasih gak untuk mak sedara ku dan keluarga yang sudi join kami nie.... :)

Moga lepas nie kita boleh rancang buat Hari Keluarga MYA pulak.... kan.... Insya Allah...