Monday, August 19, 2013

Balik Raya Macam Dulu-Dulu...

Sabtu lalu sempat singgah ke Rumah Terbuka PM, Datuk Seri Najib kat Taman Tasik Sultan Abu Bakar sebelum pergi ke kampung, rumah tok aku. Tapi nie bukan nak cite pasal rumah terbuka tu yer... aku nak cite pasal rumah tok aku.


Ok....dulu-dulu kat sinilah tempatnya setiap tahun kami akan balik untuk menyambut aildilfitri dan di sini lah juga tempat yang aku habiskan masa bila tiba cuti sekolah...menemani tok dan aki... Tapi itu cerita berbelas tahun yang dulu... sejak arwah aki meninggal dan tok tinggal dengan mak ayah aku rumah nie di tinggal sepi. Ade la juga yang pernah menyewa tapi sekejap jer... tak lama...



 

Gambar tu sebenarnya aku ambil kira-kira 6 atau 7 tahun lalu... masa tu balik untuk tengok-tengok and bersihkan ape patut... cantikkan... nyaman jer... sesejuk mata memandang.... Tapi itu dulu... hari ni keadaan dah lain.....


Inilah pemandangan sekarang.. rumah kayu yang lama dah dirobohkan dan digantikan dengan rumah batu berkembar 2.. rumah tu tak dapat diselamatkan sebab dah teruk di makan anai-anai.. Yang tinggal hanyalah ruang dapur kat sebelah kiri gambar tu...


Tangga tu penghubung dapur dengan ruang tengah... rumah tu dulu memang luas... pendek kata memang penatla kalau menyapu sampah... Juga yang masih tinggal ialah perigi tu dan juga pokok jambu... Balik beberapa bulan dulu jambunya berbuah... masih boleh merasa hasilnya... benar kata arwah aki... arwah memang tak bagi tebang pokok jambu tu... katanya biarlah... nanti anak cucu boleh makan... sekarang bukan setakat anak cucu yang boleh makan... cicit pun masih sempat merasa buahnya.... Memang lama betul usia pokok tu...


Sedang orang lain sibuk membersihkan rumah baru tu... aku pulak sibuk mengeliling kawasan sekitar rumah nie.... lalu terjumpa sesuatu dan tergelak sendiri...


Tau ke ape benda tu? Dengan benda tu la buat main pondok-pondok/masak-masak masa kecil-kecil dulu... Hehe... kelakar... benda itu pun boleh jadi mainan.. Alamak nanti bila hariz dah pandai membaca dan terbaca kat sini pecahla rahsia yang mamanya suka main masak-masak masa kecik dulu kan.... Normal ok budak-budak perempuan suka main masak-masak. Lagi pun budak dulu bukan macam budak sekarang yang boleh jumpa macam-macam mainan yang canggih... kami dulu guna dari alam semulajadi jer....

Tersenyum sendiri dan terpanjang pulak bercerita .................. :) :) :)....


Tuesday, August 13, 2013

Raya Lagi

Masih raya lagi kan... Raya kelima barulah kami berlima beradik dapat berkumpul bersama beramai-ramai. Biasalah semua dah berkahwin....bergilir-gilir lah kan... Dan walaupun dah raya kelima tapi persiapan macam raya pertama... masak mengalahkan malam raya... akak aku masak rendang dan ketupat.... dan aku sediakan laksa penang dan juga 2 jenis kek...atas permintaan kakak dan adik-adikku....




Inilah lah keluarga ku.... sebahagian sebenarnya...suami dan sorang anak akak aku tak datang. Tahun nie tahun pertama adik bongsu ku beraya bersama isteri.. hehe... baru kawin bulan 5 aritu...
 

Ini pula kami 5 beradik... ehem-ehem... nampak macam aku paling muda kan... hehe.... muda la sangat....



Ok... inilah dia keluarga kecilku.... bersama si Hariz penyeri hidupku... 1st time rasenya nie aku masukkan foto keluarga kecilku nie kan...

Yang paling special nya....


tak de special ape pun... biasa jer.... cuma agak kurang menjadi berbanding yang aku penah buat sebelum nie... memang seperti sebelum ni, kalau buat kat rumah sendiri elok jadi, tapi bila balik rumah mak, buat benda yang sama, tak menjadi seperti yang sebelum... entah la di mana silap..

Deko comot sikit, nak cepat... bahan hiasan guna apa yang ade dalam peti umah mak jer... Dalam peti tu siap ade bunga lagi tu... ape la yang mak aku buat guna bunga tu agaknya... hehe....  sebiji lagi kek tak sempat nak snap... tapi yang itu jadi ok... Cheese Cake....

Ok... cuti raya lama... so ade lagi la cerita raya lagi lepas ni....





Friday, August 09, 2013

@ Raya Pertama

Eh... raya pertama @ KFC jer ker... hehe takla... ini sebelah malamnya... dah nama pun raya sakan kan.... sakan sungguh la ni sampai malam pun berbaju raya...


Aktiviti raya bermula sejak awal pagi... juadah pagi raya pertama nie yang utamanya mestilah lemang... alamak baru teringat lupa nak snap gambar masa tengah bakar lemang kan... juadah pagi raya pun lupa.... kesibukan la sangat kan sampai terlupa tu.... Selain lemang, rendang ada juga nasi planta dan juga roti jala bersama dengan kari ayam....



Tengok tu, blogger airtanganisteriku pun ada skali. Cam tak sabar sangat nak makan nampaknya tu... dah tentu bersama dengan Chefnya..... pakar mee kari... hehe jangan marah yer Chef Nadiah....

Oklah... Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin....

Tuesday, August 06, 2013

Detik Indah Sebelum Syawal

Seingat aku sepanjang 11 kali menyambut ramadhan di daerah tempatku mencari rezeki ini, inilah kali ke 2 aku balik awal untuk berbuka puasa beramai-ramai bersama ahli keluarga dan saudara-mara. Sebenarnya sejak tok tinggal dengan emak dan ayah aku, amalan kenduri menyambut ramadhan dan berbuka puasa beramai-ramai ini sudah menjadi amalan keluarga ini. Sebenarnya bukan kenduri besar, cuma hanya makan keluarga dan memandangkan keluarga yang besar berkumpul makanya memang nampak macam kendurilah.

25 Ramadhan yang lalu rutin setiap tahun ini berjalan seperti biasa. Walaupun kehadirannya tidaklah seramai yang aku penah lihat seperti beberapa tahun yang lalu namun ianya sudah cukup meriah buat aku yang sudah lama tak merasainya. Aku juga mahukan hariz melalui saat-saat ini.

Awal petang kerja-kerja memasak dijalankan oleh chef-chef terlatih bersama pembantu-pembantu yang telah dibahagikan tugas masing-masing. Bukan setakat ruang dapur jer yang sibuk, tapi setiap ruang yang ada tetap sibuk dengan kerja masing-masing, ada yang masih sibuk menjahit menyiapkan tempahan baju raya orang yang bertimbun, ada yang sibuk menjaga anak kecil sambil bergosip... hehe... dan yang paling sibuk dah tentunya kanak-kanak... sibuk bermain... tak kira tempat... dari ruang tamu, dapur, bilik tidur, bilik air habis semua jadi tempat dia orang ni main lari-lari and menyorok.


Dan dalam kesibukan tu juga lah waktu berbuka puasa semakin hampir tanpa disedari... juadah berbuka juga telah siap terhidang. Macam-macam ada, yang penting habis ok... tak membazir...

Dan inilah saat yang paling dinantikan oleh anak-anak. Usai solat tarawih, anak-anak ini akan bersedia untuk beratur menerima duit raya mak saudara, ayah saudara, datuk saudara dan nenek saudara... emmm... ramai tu..


Sebenarnya keakraban yang aku pandang pada hari ini membawa aku pada kenangan raya lalu semasa dikampung, semasa tok masih sihat dan semasa arwah aki masih ada. Masih terbayang suasana meriah menyambut hari raya dikampung. Aku tahu detik itu takkan kembali sebab masing-masing dah berkeluarga sendiri dan akan pulang di kampung yang berlainan. Sukar untuk berkumpul begini pada hari raya. Cuma waktu inilah kita berjumpa sebegini. Dan yang aku paling pasti detik itu takkan kembali sebab rumah itu telah tiada... telah pergi bersama kenangan aku.

Apapun inilah suatu kenangan yang indah untuk diabadikan oleh generasi kecil ini. Andai semangat ini tidak diteruskan suatu hari nanti pasti mereka akan merinduinya...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri....
"Pulanglah Kepangkuan Keluargamu.... Dia Menunggumu di Hari Mulia..."