Monday, October 22, 2012

Inilah My Pavlova



Macammana? Boleh lah kan walaupun tak lah meriah sangat macam orang lain buat kan. Secara jujurnya aku memang tak pernah makan pavlova ni. Tapi disebabkan asyik dengar cerita orang dan tengok gambar-gambar yang menggoda jiwaku, maka jadilah My Pavlova ni. Kebetulan bahan-bahan dah ade cuma buah tu aku guna setakat yang ade jer la. Strawberry tu memang sengaja aku kurangkan sebab aku tak la minat sangat kalau makan macam ni, kalau makan dengan coklat ok la. Bahan yang aku tak letak masa buat pavlova ni ialah cuka, sebab memang tak pernah beli cuka. Hehe.. 






Jadi memandangkan aku tak pernah tau rasanya macam mana maka aku tak tahulah rase kalau di letakkan cuka. Pada aku rase yang aku buat ni dah cukup sedap.. Eleh, angkat bakul sendiri pulak dah....

Memandangkan hariz agak kurang suka memakannya, maka mungkin lepas ni jarang-jarang la nak buat kan, kalau dia suka memang selalu la aku akan buat sebab aku pun suka makan.... Nyam nyam....


No comments: