Wednesday, October 31, 2012

Punca Ketumbit

Tiba-tiba baca tajuk tu dah rase jadi macam blog kesihatan la pulak. Sebenarnya saje nak berkongsi ilmu dan juga buat motivasi diri. Hehe..

Sebenarnya ketumbit tiada kaitan langsung dengan tabiat mengintai kerana ia sejenis keradangan pada kelopak mata yang disebabkan oleh jangkitan kuman.Biasanya bakteria ini membiak di akar bulu mata sebelum menimbulkan masalah.

Usikan mengaitkan ketumbit dengan tabiat buruk berkenaan perlu dihentikan, terutamanya jika ia berlaku pada anak yang berjiwa sensitif kerana ia boleh menyebabkan mereka jauh hati dan rendah diri.
Sebaliknya, terangkan keadaan sebenar mengenai masalah yang berlaku pada mata mereka.
Ketumbit boleh dibahagikan kepada dua jenis :-

1. Akibat jangkitan kuman pada pangkal bulu mata
2. Keradangan yang disebabkan penyumbatan pada kelenjar yang menghasilkan minyak untuk menentukan bulu mata kalis air (kalazion).

Ketumbit tidak berbahaya, tidak kira saiznya besar atau kecil. Ia tidak menjejaskan penglihatan seseorang, tetapi boleh menyebabkan kesakitan disebabkan berlaku bengkak pada satu kawasan kecil yang sensitif di kelopak mata. Kadang kala, seseorang boleh mendapat lebih daripada satu ketumbit pada satu masa, tetapi usah risau kerana ia tidak berbahaya.

Selain benjolan merah pada kelopak mata, antara gejala lain yang mengiringi ketumbit ialah:
- Mata berair.
- Mata terasa gatal, terutama jika ada habuk.
- Mata menjadi sensitif terhadap cahaya.
- Kelopak mata menjadi merah dan bengkak.
Biasanya ketumbit mengambil masa tiga hari sebelum ia pecah dan kering. Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, ketumbit akan sembuh dalam tempoh seminggu.
Ketumbit jenis kedua yang disebabkan penyumbatan kelenjar minyak (kalazion) pula 'tumbuh' lebih perlahan dan jika ia terlalu besar, ia mungkin boleh mengganggu penglihatan.
Rawatan utama untuk ketumbit ialah pembedahan kecil atau penggunaan antibiotik setempat yang harus diletakkan ke dalam mata bagi merawat jangkitan kuman.
Pembedahan juga hanya diperlukan untuk ketumbit yang disebabkan oleh penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata selepas rawatan antibiotik setempat tidak berkesan.
Selalunya ia berlaku selepas keradangan berlanjutan melebihi dua minggu.
Pada peringkat awal, kalazion dapat dirawat dengan meletakkan antibiotik dan diikuti dengan menuam mata dengan kain yang direndam dalam air suam untuk mengatasi penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata.
Ini harus dilakukan sebanyak tiga kali sehari selama seminggu.

Nak tau lebih lagi baca disini untuk Artikel Penuh.

Sebenar mak aku ade berikan petua untuk hilangkan ketumbit ni, guna sirih dan kulit kayu manis. Cara nak buat aku dah lupa, kena tanya semula. Hehe.. Tapi aku memang takkan buat la sebab aku tau memang pedih gilerrrrrrrrr. Petua ni mak aku penah cuba dulu-dulu, masa zaman budak, katanya lepas dari tu terus dah tak de ketumbit singgah kat matanya. Kalau ade sesiapa nak cuba bolehlah, nanti aku tanya mak aku cara-caranya... Ade brani? (konon diri sendiri pun tak berani ade hati nak cabar orang lain ;)

No comments: