Thursday, January 24, 2013

Pau Untuk Minum Petang

Hari ni 12 Rabiulawal 1434H merupakan cuti sempena Maulidur Rasul. Cuaca di daerah nie awal pagi tadi matahari ade menginari bumi tapi hanya sementara sebab menghampiri tengahari sehingga sekarang hujan, cuma tak lah berterusan sekejap-sekejap tapi tetap mendung dan sejuk.

Memandangkan keadaan Hariz yang masih kurang sihat sejak balik dari Ipoh ahad lepas, maka lebih baik duduk saja di rumah. Bila dah duduk di rumah dalam keadaan sejuk macam nie memang tahap kelaparannya menjadi-jadi. Nak keluar pun malas.

Disebabkan dah lama tak menjenguk bawah tudung saji, jadi aku kongsikanlah minum petang untuk entry hari ni. Ini cubaan pertama kali aku membuat pau. Dan alhamdulillah menjadi. Yang tak menjadinya ialah percubaan membuat inti kacang hitam. Aku pun tak tau mana silap, tapi tak pelah nanti aku cuba buat lagi sebab aku suka makan inti tu.


Untuk pau nie aku buat 2 jenis. Inti daging dan juga kaya. Resepi pau nie aku dapat dari sini. Inti daging tu aku buat ikut ape yang ade kat dapur jer. So rasanya tak la sedap sangat. Kaya tu sedap la sebab kaya yang dibeli. Hehe... Tapi pau nie memang lembut. Adunan dari resepi tu memang sekali hadap jer makan, terus habis. So untuk yang ahli keluarga ramai eloklah gandakan bahan-bahan tu.


Insya Allah lepas nie aku nak cuba buat lagi untuk inti kacang hitam and nak cari punca kenapalah kacang hitam aku tu tak nak lembut walaupun dah rendam and rebus lama. Kalau susah sangat tak jumpa cara buat makan terpaksa la aku cari yang dah siap punya... lagi senang kan.... Selamat Menjamu Selera di petang hari yer....


Wednesday, January 23, 2013

Bersama Koleksi Boboiboy


Inilah dia koleksi Boboiboy Hariz. Selain ultraman watak animasi ni juga menjadi kegemarannya. Agak-agaknya 20 tahun akan datang (andai katalah) anak-anak "The Pickers" tu berminat nak beli koleksi animasi kanak-kanak boleh lah beli dengan hariz.. Hehe..






Tuesday, January 15, 2013

Ku Korbankan Jua....

Tengok tajuk entry wah macam terpaksa rela lah sangat. Sebenarnya cuma nak cerita pasal hariz nie yang dah kena gunting ekor rambutnya. Sebenarnya kalau ikutkan nak biarkan saja sampai dia darjah satu nanti, tapi cikgu kat tabika tu pun dah tegur maka terpaksa la gunting jugakan. Ialah dari kecil beginilah nak di ajar pasal disiplin kan.

Aku balik ke kuantan untuk taklimat pilihan raya minggu lepas. Kesempatan ambil aku ambil untuk potong rambut dan beli kasut sekolah hariz. Dulu tak tahu kena pakai kasut hitam, beli kasut putih. Cari kat sini saiz pula takde. Balik kuantan pun sama takde saiz kasut sekolah hitam, jadi kasut ape yang warne hitam and ade saiz aku beli jer. Kesian hariz baru beberapa hari sekolah dah kena cuti ikut aku, tapi sebenarnya kebetulan juga sebab sehari sebelum aku turun, dia lelah, balik dari sekolah terus bawa ke hospital. Nak tak nak kena cuti juga.

Bukan tidur tu, saje pejam mata sebab takut mata kena asap katanya.
Berbalik pada cerita rambut tadi, inilah gaya rambut sehari sebelum dipotong. Dari kecil simpan, potong pun sikit-sikit jer, sayang lah juga nak di buang.

 

Inilah gaya terkini selepas potong rambut... Nampak 'jambu' jer... hahaha... Aku dah maklumkan awal pada dia yang 'ekor' tu cikgu suruh potong, so waktu potong tu tak la dia banyak soal, kalau tak, puas pulak orang yang gunting rambut tu kena soal A to Z. Sebab dia dah puas soal aku masa aku bagitau sebelum tu.

   

Cuma lepas potong tu jer dia komplen, katanya rambutnya kat belakang botak. Aku gelakkan ajer.... Tapi memang nampak lain sikit mukanya sejak 'ekor' kena buang... Tak pe la hariz tahun baru wajah baru ok...


Thursday, January 03, 2013

Hariz Ke Tadika



Tengok, anak teruna aku seorang ini, bukan main seronok lagi bila mula menjejaki kaki ke tadika. Masa nie belum mula daftar pun lagi. Konon seronok la hari pertama ke sekolah. Alhamdulillah sebaik tinggalkan Hariz di situ dia tak menangis. Macam biasa je reaksi dia. Aku pulak yang risau, bukan main banyak lagi pesanan yang ditinggalkan untuk dia. Yang kelakarnya bila balik rumah petang tu dia menangis nak pergi sekolah lagi. Puas juga la memujuknya.

Hari ni hari kedua dah ade perubahan sikit. Dah pandai baca doa makan walaupun tak berapa betul, tapi ok la sebab sebelum nie aku ajar dia cuma sebut hujung-hujung jer. Bukan tu jer, sepanjang dalam kereta pun asyik sebut Alif Ba Ta jer sampaila kat rumah. Macam-macam perangai Hariz nie...

Harap perkembangan nie akan terus berkembang, bukan saja untuk pembelajaran bahkan dalam rutin harian yang lain sebab sekarang Hariz dah banyak makan, tak macam sebelum nie banyak main dari makan.

Insya Allah. Semoga segalanya berjalan lancar....