Pernah terbaca entry aku berkenaan hari keluarga wook binti haji husin 2 tahun lepas? Dah lama betul rasenyer tak buat hari keluarga, berkumpul ramai-ramai. Keadaan kesihatan tok sekarang agak kurang memuaskan di tambah dengan pelupa yang makin menjadi-jadi. Sensitifnya tak payah cakap la.
Tok memang dah berkali kali cakap nak balik rumahnya. Nak mencakar rumput katanya. Aku tau dia sebenarnya bosan duduk tanpa boleh buat ape-ape kerja kat rumah mak aku tu. Aku dapat rasakan dia sebenarnya rindukan rumah tu, rindukan arwah aki, nak kembali seperti dulu, sibuk dengan tugas-tugas di rumah. Aku dapat rasekan sebab dulu semasa aku di bangku sekolah aku selalu menghabiskan masa cuti ku di rumah nie.
Selepas arwah aki meninggal tok tinggal sorang kat rumah ni, masa tu tok masih sihat dan mampu berdiri. Tapi selepas kejadian jatuh di bilik air, tok terus tinggal dengan mak sehingga sekarang. Bagi memenuhi hajatnya, mak, ayah, adik dan mak saudara aku bawa tok balik. Adik aku cakap bukan main happy lagi tok dapat kembali ke rumahnya. Walaupun tak dapat berdiri dan berjalan untuk mencakar daun-daun kat halaman tu, tapi cukup la dapat pegang dan cakar dalam keadaan duduk je. Bukan tu saje, tok juga tak henti cerita kenangan-kenangan lama. See, walaupun dia dah agak nyanyuk, tapi kenangan lama tetap dalam ingatan.
Melihat bagaimana mak dan ayah aku menjaga tok walaupun diri mereka sendiri pun kurang sihat, terfikir aku bagaimana aku nanti. Apakah anak cucu boleh menjaga aku kelak. Dan sebelum tu, mampukah aku menjaga mak dan ayah aku seperti mana mereka menjaga orang tua mereka? Insya Allah dengan sokongan adik beradik yang lain.
Teringat aku dengan kata-kata ni "Seorang ibu mampu berjaga anak yang ramai, tapi anak yang ramai belum tentu mampu menjaga seorang ibu" - Sekadar mengingatkan diri sendiri dan ingatan bersama-
No comments:
Post a Comment