Sudah 2 tahun aku menjinakkan diri dalam dunia blog ni, tapi baru sekarang nak cuba buat header sendiri. Kelakar pun ade, malu pun ada. Hehe. Sebenarnya bukan tak teringin nak mencantikan blog macam blogger lain, teringin sangat, tapi kekangan masa dan tugas harian membantutkan hasrat tu.
Aku pun bukan aktif sangat meng 'update' nya. Kadang tu banyak benda sangat nak di post kat entry, tapi bila dah taip panjang-panjang, baca semula, tak jadi nak post, bukan pe, tak semua luahan perasaan kita nie yang boleh kita paparkan pada umum. Masa mula menaip memang terluah la apa yang terbuku, tapi bila baca semula dan berfikir lebih panjang, rase tak patut pulak.
Kalau di zaman remaja dulu setiap hari aku akan membuat catatan di dalam diari. Aku mula menulis diari ketika usia 12 tahun, diari yang dihadiahkan oleh kak ngah aku. Memang setiap hari ade saje catatannya, sehinggalah aku mula dapat kerja tetap barulah agak kurang aku menulis. Dan kini semua diari-diari tu telah dibakar sebelum aku kawin. Kenapa? Sbb kalau org lain yg baca mesti dia gelakkan aku, aku pun gelak sendiri bila baca semula diari-diari tu.
Beralih ke dunia penulisan blog ini juga sebenarnya telah mendekatkan aku dengan dunia masakan. Terutama dalam pembuatan kek n desert. Macam macam resepi yang aku cuba hasil penerokaan ke blog-blog masakan. Bukan tu saja, malah dah semakin rajin shopping online. Window shopping jer la, beli belum tentu.. hehe....
Saturday, September 29, 2012
Sunday, September 09, 2012
Memenuhi Impian Tok
Pernah terbaca entry aku berkenaan hari keluarga wook binti haji husin 2 tahun lepas? Dah lama betul rasenyer tak buat hari keluarga, berkumpul ramai-ramai. Keadaan kesihatan tok sekarang agak kurang memuaskan di tambah dengan pelupa yang makin menjadi-jadi. Sensitifnya tak payah cakap la.
Tok memang dah berkali kali cakap nak balik rumahnya. Nak mencakar rumput katanya. Aku tau dia sebenarnya bosan duduk tanpa boleh buat ape-ape kerja kat rumah mak aku tu. Aku dapat rasakan dia sebenarnya rindukan rumah tu, rindukan arwah aki, nak kembali seperti dulu, sibuk dengan tugas-tugas di rumah. Aku dapat rasekan sebab dulu semasa aku di bangku sekolah aku selalu menghabiskan masa cuti ku di rumah nie.
Selepas arwah aki meninggal tok tinggal sorang kat rumah ni, masa tu tok masih sihat dan mampu berdiri. Tapi selepas kejadian jatuh di bilik air, tok terus tinggal dengan mak sehingga sekarang. Bagi memenuhi hajatnya, mak, ayah, adik dan mak saudara aku bawa tok balik. Adik aku cakap bukan main happy lagi tok dapat kembali ke rumahnya. Walaupun tak dapat berdiri dan berjalan untuk mencakar daun-daun kat halaman tu, tapi cukup la dapat pegang dan cakar dalam keadaan duduk je. Bukan tu saje, tok juga tak henti cerita kenangan-kenangan lama. See, walaupun dia dah agak nyanyuk, tapi kenangan lama tetap dalam ingatan.
Melihat bagaimana mak dan ayah aku menjaga tok walaupun diri mereka sendiri pun kurang sihat, terfikir aku bagaimana aku nanti. Apakah anak cucu boleh menjaga aku kelak. Dan sebelum tu, mampukah aku menjaga mak dan ayah aku seperti mana mereka menjaga orang tua mereka? Insya Allah dengan sokongan adik beradik yang lain.
Teringat aku dengan kata-kata ni "Seorang ibu mampu berjaga anak yang ramai, tapi anak yang ramai belum tentu mampu menjaga seorang ibu" - Sekadar mengingatkan diri sendiri dan ingatan bersama-

Subscribe to:
Posts (Atom)