Wednesday, November 30, 2011

Puspanita Glamorous Nite Dinner 2011


Lip lap lip lap malam nie. Ramai yang datang bukan main lagi dengan pakaian yang glam glam gtu. Mula-mula sampai tadi segan jugak la, tgk pakaian dorang tu berbanding kami nie. Antara kami ade yang pakai blouse biasa jer, n ade yang pakai baju bertunang. Aku plak, pakai mane yang ade dalam almari jer, mau nyer tak, sehari sebelum dinner baru dimaklumkan untuk pergi. Tapi takpe la, pergi makan punya pasal. Hahaha

Kira cam ladies nite la nie, ade games, fesyen, nari2, n poyo2 (poco-poco la), cabutan bertuah....


Tengok orang menari terase gak nak menari, tapi sabar2, ader cameraman yang satu opis, nnt pecah rahsia. Huhu.

 

Kalau nak tahu pakaian yang aku pakai tu dibeli semasa mengandungkan hariz, tapi tak sempat nak pakai dah bersalin. Jadi untuk tak nak membazir setelah 3 tahun dok terperap dalam almari jadi aku pakai la untuk malam nie, tambah eksesori skit untuk nampakkan kelainan. Ok gak kan.


Walau macammana pun aku tetap tak pulang kosong, dapatlah cabutan bertuah untuk di bawa pulang buat si kecilku yang kena tinggal. Hehe.

Thursday, November 24, 2011

Jom Grooming


Tempoh yang agak terhad untuk kami yang terpilih nie mengikuti kursus nie. Banyak sangat perkara yang kitaorg nak tau. itu pada aku la, tak tau la pada peserta yang lain. Tak membosankan dan banyak sangat ilmu yang dikongsi. Penceramahnya Pn. Suraya Daud dari Institusi Pengurusan dan Integriti Melaka.

Ade beberapa video yang aku rakam kan. Tapi tak dapat aku uploadkan kat sini sebab belum mendapat keizinan. Insya Allah kalau dah dapat izin nnt aku akan uploadkan.


Mcm2 aktiviti sepanjang kelas nie berlangsung. Tapi sebab leka dengar penceramah tu bercakap dan join aktiviti terlupa nak amik gamba. hehe.




Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil petang itu di hadiri oleh Dato' Mohamad Ridzwan bin Mohd Tahar, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan).

Aku harap kursus sebegini tak berakhir disini, dan ilmu yang diperolehi sepanjang kursus ini berlangsung akan kami manfaatkan. Insya Allah.