Friday, July 29, 2011

Tangisan....


Kenapa biasanya kalau kita tak dapat nak ungkapkan perasaan selalunya kita akan menangis, lepas itu berakhir dengan diam tanpa penyelesaian. Sedangkan orang tak tahu ape yang kita rase. Bahkan menyebabkan kita rase lebih tertekan. Kebenaran tetap tak terungkap.

Aku tergerak untuk berkongsi bahan bacaan yang mengisi kekosongan malamku tadi ….

“ Kita perlu tangisan yang boleh meredamkan kejahatan dalam hati. Hakikatnya masalah yang berlaku berpunca dari dosa-dosa kita sendiri. Mungkin kita terlalu lalai dengan kewajipan sebagai hamba sehingga Allah SWT menegur dengan caraNya yang tak disangka-sangka.  Hinggalah mula dengan pergaduhan kecil, ugut mengugut, cela mencela hinggalah berlakunya keganasan.

Zikirlah untuk mengekang kejahatan lidah. Sebelum keganasan berlaku, tangisilah dosa-dosa yang oleh tangan, kaki,lidah,hati,perut dan kemaluan kita.

MENANGISLAH kerana kelalaian kita sendiri.
MENANGISLAH jika ia boleh melembutkan hati apabila kasih tiba-tiba tak dihargai.
MENANGISLAH saat menjalani susahnya ujian kehidupan moga mampu memberi semangat yang baru.
MENANGISLAH ketika menunggu pertolongan Allah SWT, ketika tiada siapa dan apapun boleh menolong melainkan DIA.
MENANGISLAH sepuasnya sampai kita merasai bahawa tangisan itu curahan cinta Allah kepada hamba-Nya yang mengesal.
MENANGISLAH semata-mata mahukan rahmatNya …..
Kerana tangisan itu sebenarnya telah membuka sebuah pintu yang pernah dilalui para Nabi dan orang beriman…

TAPI….
JANGAN MENANGIS kerana mengingati ribuan ringgit yang hilang
JANGAN MENANGIS kerana benci dan dendam yang tak dapat dibalas
JANGAN MENANGIS untuk sangka-sangka buruk yang tiada bukti kebenarannya
JANGAN MENANGIS jika ia melunturkan semangat dan harapan untuk hidup
JANGAN MENANGIS ketika marah, kerana tiada yang lebih dasyat dari kemurkaan Allah

Tangisan mewakili hati yang sedih. Ketika ditimpa musibah pun Allah SWT tunjuk betapa kasihnya DIA menuntun kita untuk keluar dari masalah itu…

MENANGISLAH kerana  mengingati Allah SWT, takut padaNya, mensyukuri nikmatNya, betapa jasa-jasa dan kemurahanNya  melimpah-limpah setiap masa”

Sumber : Mingguan Wanita Bil.1436 Edisi 27 Mei-2 Jun 2011 Oleh Dr. Haji Juanda bin Haji Jaya, Perunding Undang-undang Keluarga. 

Monday, July 18, 2011

Masak Lemak Ketam ke Ketam Masak Lemak


Ape-ape jelah, janji dapat makan ketam. Dah lama sebenarnya mengidam nak makan ketam masak lemak. Kebetulan pagi tadi pergi pasar, ade ketam pulak, so terus jer la beli untuk lepaskan idam (ngalahkan orang mengandung lagi ngidamnyer...)


Disamping tu, aku goreng ikan ngan daging goreng kunyit untuk hariz tak makan pedas. Tu jelas lauk pauk untuk malam nie. Tapi tetap puas hati sebab dapat makan ketam. Hehehe

Sunday, July 17, 2011

Roti Telur Cheese

Cuti hujung minggu dan terperap di rumah.

Waktu cam nie la asyik ingat makan jer... dari pagi hingga petang mulut nie tak henti nak mengunyah jer. Petang nie tak tau nak makan pe. Tengok kat dapur ade roti, telur pn ade. Dalam peti pn masing ade beberape keping cheese. Cukup untuk wat minum petang aku ngan hariz...

Nie la dia, roti telur dengan cheese. Aku lapikkan cheese tu kat dalam roti dan salutkan ngan telur. Untuk goreng aku cuma sapukan skit minyak atas kuali leper.

Simple, tapi sedap sebab cheese tu cair kat dalam. Walau dah sejuk pn, masih sedap dimakan.... nyuummm

Thursday, July 14, 2011

Kurang Kesihatan


Dah hampir 2 minggu cuaca agak kurang memuaskan kat sni. Mendung yang cam jerebu. Kejap sejuk kejap panas, tapi tak hujan. Mungkin di sebab kan cuaca yang cam nie juga menyebabkan badan pun rase x sedap, seram sejuk cam nak demam. Kalu aku layan dengan baring jer, dh tentu xbangun buat keje-keje yang banyak. Terpaksa gagahkan diri juga menyentuh air yang sejuk untuk memasak dan membasuh. Alhamdulillah, bila dah buat keje-keje gtu, terase segar pulak badan. Hilang rase nak demam.

Rase demam dah hilang timbul pulak sakit tekak. Sejak semalam tak boleh nak masuk makanan yang keras termasuk nasi. Tapi aku desakkan juga. Hari nie masih terase lagi sakitnya, terpaksa mencari ubat takut sakitnya berlarutan.


Walaupun tang nie yang aku tak suka tapi terpaksa juga kutelan. Dah la pahit, besar pulak tu nak telan. Eeeiiiii... Harap esok sakitnya hilang, boleh kembali makan nasi :)

Tuesday, July 12, 2011

Jambangan Bunga Di Hari Lahir

Di pejabat, pagi-pagi lagi dah dapat kejutan. Menerima jambangan bunga dari rakan rakan di unit tu. Entah bila dorang gi tempah pn aku tak tau, sedar-sedar muncul jer dari belakangku, siap dengan nyanyian lagi tu... Terima kasih semua..

Cantikkan...

Kejutan tak terhenti setakat tu jer, masih ader lagi kemudiannya dari rakan-rakan yang lain...
  





Terima kasih atas ingatan kalian semua. Detik yang indah untuk diabadikan dalam hidup.

Peringkat usia kanak-kanak hingga remaja memang saat yang paling mengembirakan untuk meraikan hari lahir. Tapi pada aku untuk meraikan hari lahir disaat sudah dewasa ianya bukanlah untuk diraikan dengan gembira tetapi diraikan untuk mengingatkan diri tentang usia yang kian meningkat, mengingati semula ape yang telah dan patut dibuat dalam meniti usia tersebut...

Friday, July 08, 2011

Selera Yang Terbantut

Dah agak lama rasenyer x makan malam kat lua. Bukan pe, kadang tu xtau nak makan pe, asyik benda yang sama, kedai yang sama. Boring gak. Nak kua ngan kawan-kawan cam dlu pn dh xde, my bestfriend semua  dh bertukar...

Sampai kat 'Glory', kami pilih western food. Tgk gamba dalam menu cam menyelerakan jer...


sementara menunggu makanan sampai, adam dah mengerjakan kedua-dua air tu.. siap duduk atas meja lagi


aku memilih untuk menikmati chicken chop.... nyam nyam


tapi sayangnyer seleraku terbantut, sebab ayam nyer terlalu masin. Frust betul... Terpaksa kongsi Nasi Goreng ngan Adam... Susah tul nak cari western food yang betul-betul sedap kat sni... Terpaksa buat sendiri (konon, cam la sedap ngat masak)... :)

Saturday, July 02, 2011

Happy Birthday Sayang......

Hari nie hari lahir Adam. Kini Adam di usia 3 tahun. Kalau di tanya umurnya, pasti dengan susah payah dia akan menunjukkan 3 jarinya. Pantasnya masa berlalu....
Sebenarnya tak rancang pn nak wat camnie, tapi entah camner, perancangan awal nak wat bbq kat umah mak yang pada awalnya tak jadi tetiba jadi pulak. Tu pun petang tadi akak aku call bgtau bbq on. X sempat nk cari goodies...
Besday nie wat sekali ngan aiman yang hari lahirnya pada 4/7. Kira nie sambut peringkat famili la. Peringkat sekolah 2nd time nnt.. hehehe... Happy Besday yer Aiman....

Tengok tu masing-masing x sabar nak potong, lilin pun belum tiup lagi


Bukan setakat birthday boy yang 2 orang tu jer yang bersemangat nak tiup, naufal yang sebelah adam tu pn tiup sekali. Tolong-menolong, nnati kalu lambat padam, lambat pulak dapat makan kek.

Akhirnya adam potong kek sempena ulangtahun kelahirannya. Member kat sebelah tu pun dah siap sedia menanti....  Happy Birthday Sayang..