Monday, December 20, 2010

Pi Penang

Tarikh: 17- 19 Disember 2010

Asalnyer malas jugak nak pegi bila dah last minit, tapi memikirkan Adam, akhirnya pergi juga. Berkemas pn ala kadar jer, amik mana yang sempat jer... Tak banyak foto yg dpt diambil. Camera rosak, so harapkan camera dari rakan-rakan yang ader.....

Menikmati makan malam sebaik sampai. Muka masing-masing pn penat jer



Trio nie memamg tak nak kalah kalau bergambar

Bergambar bersama kawan-kawan


Bergambar kenangan beramai-ramai
Xpuas meronda pulau, walaupn macam-macam pesta diadakan disini, tapi kami tiada kesempatan nak pergi. Insya Allah kalau nak pergi lagi lain kali, kami kena cari waktu yang bukan musim cuti sekolah yang panjang....

Tuesday, December 07, 2010

PERLU KE BERBOHONG

Melayan filem Esok Masih Ada membawa aku kepada persoalan nie. Berbohong untuk menjaga hati. Niatnya memang murni, ingin menjaga hati agar tidak terluka.

Bukankah lebih baik jika berterus terang, iainya melambangkan kejujuran. Dari kejujuran lahirnya kepercayaan. Bilamana pembohongan tu terbongkar ianya akan membuatkan hati org yang ditipu tu lebih terluka atau mungkin terus hancur remuk berbanding mengetahuinya dengan lebih awal.

Berbohong semata-mata untuk menjaga hati. Perlu ke begitu? Bagaimana kalau ianya melibatkan soal kehidupan, hidup dan mati orang yang dibohongkan tu. Masih perlu dijaga hatinya?

Dan bagaimana pula kalau kita sendiri yang mencari masalah, kemudian dengan "niat baiknya" berbohong demi menjaga hati. Itu macam dah menyalahgunakan niat baik or macam tunjuk baik.

Tepuk dada tanya selera. Bohong tetap bohong walau ape pun niatnya.

Saturday, December 04, 2010

Panaskan Badan

Kedatangan tetamu hari nie disambut dengan cuaca sejuk ditambah dengan hujan renyai2 sejak pagi tadi. Hidangan makan malam malam untuk memanas kan badan malam nie ialah stimboat... nyam nyam...


sedia untuk makan

Puding Pisang

Hari nie, kakak n famili datang. So untuk minum petang nie, aku wat puding pisang, asalnya dari resepi puding raja, tapi disebabkan xde jala emas aku namakannya puding pisang jer.


Antara bahan
Pisang Digoreng kekuningan

Hasilnyer

Friday, December 03, 2010

Kek Pisang (yang xberapa nak jadi)

Hari nie kerajinan skit. Pisang yang bli 2hari lepas belum terusik. Tgk bahan semua ade, maka wat la kek pisang. Kek pisang nie paling simple nk wat. Semua sukat guna cawan n bahan2nya bland jer.

sebelum dibakar
dalam proses
masa tengok kek nie merekah gini dah tau mesti xjadi. Biasa bakar dalam loyang besar skit, ari nie gatal nak test loyang kecik konon nak bagi tebal skit. Amik kau... . mentah skit kat dalam. Apepn masih boleh dimakan n yang penting tetap sedap dan lembut.. nyam nyam 

Sunday, November 28, 2010

Rama-rama dilepaskan

Tertarik aku untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana rama-rama ini dilepaskan kedalam taman



Mengikut kata pemilik taman nie, rama tu hanya dapat bertahan dlm keadaan begitu hanya dalam masa sehari, jadi ianya perlu dilepas bebaskan dengan cepat


kesian lak tengok keadaan sebahagian rama-rama yang lemah apabila dikeluarkan

Saturday, November 27, 2010

Barang Lama

Tin susu n bijirin dari pelbagai tahun (x pasti thn bila). Aku xsempat ngan thn benda nie wujud or mungkin masih kecil utk ambil tahu). Kan lagi cantik kalau pemiliknyer menyimpan n mengusun perubahan demi perubahan setiap darinya

I like high heel putih nie, tapi nie old stlyle n terlalu
tinggi untuk aku. Gayat.

Seratus ringgit dan Sa-Puloh ringgit tu ditandatangani oleh gabenor yang sama. Tapi kenapa ejaan nyer lain-lain yer... kena tanya DBP waktu tu :)

Unik botol susu nie

 Antara koleksi ubat gigi rasenyer ade yang dah tak di keluarkan lagi

Thursday, November 25, 2010

Kisah 1,2 dan 3

 KISAH 1

Hari cuti macam nie banyak kerja-kerja rumah yang nak buat. Mengemas, membasuh, memasak. Semua kalu boleh nk settle cepat, coz time nie gak time ngan famili, makan bersama, bersembang, berkongsi cerita, berjalan-jalan, bermesra. Tapi bilamana sebelum tengah hari semua keje2 dah beres.....

"sayang, i nak keluar, member i baru jap call ajak keluar" 

"mama, along nk pergi rumah mira, nk wat homework sama2"


KISAH 2

Letihnyer dengan kerja2 di office, malam nie masak yang simple2 jer, usai makan n mengemas dapur, iron baju untuk esok.... masa untuk rehat n bersama yang tersayang

"rajin nyer anak mama study, jangan tido lewat sangat yer, selamat malam sayang"

" abg tengok cerita ape nie? cam best jer, abg tau, hari nie kan...... bla bla bla...."

senyap takde jawapan, dah tido... kesian, letih agaknyer.... selamat malam abang"


KISAH 3

Seronok sekali-sekala makan diluar bersama keluarga dan kawan-kawan.... balik umah nnt rilex jer..

"papa, hantar along kat rumah mira kejap bley tak, balik nnt mama mira hantarkan along balik"

"sayang, abang hantar sayang balik rumah dlu yer, abang nk keluar sekejap"



APE NAK BUAT?

- tambah anak, mungkin boleh
- tambah suami xbley (hahaha)
- boyfriend? bley, tapi xbaik menduakan suami, (sanggup ke menduakan insan tersayang) walaupn suami xtahu, tapi ALLAH itu Maha Mengetahui. Dekatkan lah diri dengan NYA. Itulah yang terbaik....

 

Sunday, November 21, 2010

Hari Keluarga Wook binti Haji Husin

Tarikh : 19- 20 November 2010
Tempat : Awana Kijal

Walaupun tak semua yang dapat menghadirkan diri, namun tetap berjalan dengan meriah. Disebalik kisah suka nie pun ade sedikit kisah duka. Salah seorang sepupuku menerima 20 jahitan dibibir dan dagu akibat terlanggar cermin sliding door ketika bermain-main di apartmentnya. Dapatlah tanda kenangan hari keluarga...


Pasang Banner
Dimulakan dengan games untuk kanak-kanak

Tiup Belon
Makan Nuget
Isi Air Dalam Botol



Budak berdua nie pulak buat keje dorang sendiri. Belum berkelayakan nak masuk acara. 





BBQ di malam harinya

Di pulak antara games untuk dewasa and suami isteri yang dibuat pada sebelah pagi

Mumia
Aci-aci Marjina
Lari Kelambu



Pasti lagi meriah kalau semua sekali ade. Acara ini dicadang kan untuk diadakan setahun sekali. Coz sebelum ini pernah dibuat sewaktu aku diusia belasan remaja. Aku harap kerjasama semua sekali untuk tahun yang akan datang. Ikutkan kerja seharian memang x abis. Luangkan lah masa untuk berkumpul bersama.
Cara begini dapat lebih mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Fikirlah sendiri.

Wednesday, June 16, 2010

Berpantang Kosong

Boring berpantang kosong camnie. Walaupn senang nak mengikut amalan berpantang tanpa perlu menjaga baby tapi rase kekosongan tu tetap ade. Rindu nk dengar tangisan baby.

Tapi walaupun xde baby kecik, masih tetap berjaga dimalam hari, bangun buat susu. Baby besar nie bertambah manja. Malam-malam asyik minta susu.... Dia lah pengubat hatiku..

Ade satu perkara yang aku tersentuh, bila adikku bawa anak isterinya yang dah abis pantang ke rumah mak, anak aku yang sulung tu pergi ke baby tu sambil usap pipi dan panggil "baby, baby". Yerla dalam usia yang baru nak mencecah 2 tahun, ape la yang dia tau perasaan aku waktu tu.

Walaupun, aku boleh menerima ape yang berlalu, tapi aku tetap manusia. Tetap tersentuh. Cuma aku tak boleh biarkan kesedihan mengusai diri. Takut bila kita lemah, ade yang mengambil kesempatan. Ingatkan Allah.

Saturday, June 12, 2010

Detik yang berlalu menjadi kenangan abadi

Alhamdulillah, aku selamat melahirkan bayiku tanpa sebarang masalah pada 5.20 pagi 30 Mei 2010 yang lalu. Aku meminta untuk melihatnya dan mengetahui jantina. Tersentuh hati aku apabila mengetahui yang bayi ku perempuan. Comel, putih, bibir merah, saling tak tumpah muka anakku yang sulung sewaktu lahir. Aku hanya menyentuh pipinya, bimbang emosi ku terganggu memandangkan aku masih berada dalam keadaan lemah, dan aku tak sanggup untuk mencuimnya kerana bimbang akan meraung disitu.

Aku bersyukur, sbb kelahiran ini secara normal, x perlu untuk 'induce' Aku mula rase sakit sejak pagi 29hb. Rase itu seperti seolah-olah dia masih ade. Besarnya kuasa Allah....

Ingatkan tentang hikmah serta sokongan semua menjadikan aku kuat untuk melalui hari-hari mendatang.

Thursday, May 27, 2010

Kegembiraan yang bertukar kesedihan


Detik kelahiran sememang saat yang paling dinantikan. Apatah lagi bilamana tidak tahu jantina anak yang bakal dilahirkan. Namun hari ini detik itu bertukar dengan deraian air mata....
Bayiku meninggal dalam kandungan yang hanya menunggu masa untuk dilahirkan...
Hanya Allah yang tahu perasaan aku waktu itu.... malam tadi aku baru saja berbual-bual dengan nya....

Dan bagaimana nnt untuk aku terus membawa kandungan yang sudah tidak bernyawa ini untuk beberapa hari lagi............... Ya Allah bantulah hambamu yang lemah ini......