Monday, March 23, 2015

Pertandingan Pencuci Mulut Berasaskan Roti

Kala hati duka lara
Doa padaMu mengubat rasa
Rindu hati untuk bicara
Untuk berkongsi aktiviti semasa

Lama menyepi tetiba buka bicara dengan madah berhelah pulak kan. Hihihi. Oklah... sebenarnya banyak benda gak la yang aku nak kongsikan di alam maya nie tapi kemalasan dan kesibukan untuk menyiapkan kerja-kerja harian di pejabat dan dirumah membatasinya.

Aku mulakan dengan Pertandingan Pencuci Mulut Berasaskan Roti yang aku sertai sempena Mesyuarat Agung Puspanita Daerah 2015 dalam satu hari di bulan Februari (lupa tarikh dah).

Aku buat puding roti marble. Aku pun dah lupa apa nama yang aku bagi kat puding nie dan dari mana ilham yang aku dapat untuk membuatnya dengan gaya macam nie. Pendek kata banyak benda la yang aku lupa.


Yang aku ingat dek kerana mengubah resepi dan baru mencubanya... makanya puding aku nie lembik sebab terkurang agar-agar. Mujur sebab dihidang begitu dan tak perlu potong jadi tak la nampak cam lembik kan.
Kononnya nak mengekalkan kejuaraan macam tahun lepas... (hahaha... perasan cam terer sangat kan). Jadi redha jer la dengan apa yang diberi.

Oklah tu kan ketiga. Selain dari pertandingan pencuci mulut nie ada juga pertandingan masakan kampung berasaskan ikan. Memandangkan lauk pauk apatah lagi masakan kampung bukanlah kemahiran aku, jadi aku memang memilih untuk mencuba pencuci mulut sahaja. Bukan tak teringin nak mencuba yang selain dari pencuci mulut, tapi takut tak sedap..apatah lagi nak bertanding ngan orang-orang lama yang lebih otai kan.
Insya Allah, tahun depan kalau ada kesempatan dan panjang umur boleh cuba lagi....

Aku kongsikan seba sedikit hidangan dari rakan-rakan yang menyertai.... tak sempat nak snap banyak... ini jer yang sempat..

















 

Saturday, January 10, 2015

Benci Tapi Rindu

Awak... awak kat mana
sms dan panggilan kita awak tak jawab
kawan-kawan kata awak tak balik rumah
kita risaukan awak

Awak... awak kat mana
kita dah siap masak
masak makanan kegemaran awak
kita tunggu awak datang ambil
tapi awak tak datang

Awak... awak kat mana
kita dah tempah tiket wayang
awak kata nak tengok movie nie sama-sama
tapi awak biarkan kita tengok sorang-sorang

Awak... awak kat mana
kita dah order makanan nie
makanan kegemaran kita bersama
kat restoren yang selalu kita berjumpa

Awak... awak kat mana
kita demam....
kita tunggu awak datang hantarkan ubat
macam selalu awak buat bila kita sakit

Awak... kita benci awak
sebab awak dah lupakan kita
Awak... kita benci awak
sebab awak dah tak nak kongsi cerita gembira ngan kita
Awak... kita benci awak
sebab awak dah tak perlukan kita tika awak sedih

Awak... awak kat mana
Awak... kita benci awak


*kita=saya