Monday, December 31, 2012

Hujung Tahun 2012

Tahun 2012 yang bakal ditinggalkan....Walaupun cuti ni tak dirancang sebab dah ambil cuti 24hb aritu tapi  jadual tetap penuh bila balik minggu nie.. Pada sebelah petang di pekan kami ikut abah pergi menjala, ala kat tempat yang aku pergi memancing kat sini. Tapi sayangnya tiada hasil yang memberangsangkan. Jadi sebelum jam 7 kami balik.

Si Adha nie sedang menunjukkan aksi menjala

Pada sebelah malam juga pula kami ke kuantan. Bersama familiku makan-makan di Satay Zul kat Malay Town. Suasana yang sunyi tiba-tiba jadi riuh rendah dengan budak-budak berlari lari bermain. Mujurlah dorang ni buat kat ruang luar. Kalau tak mau runtuh bangunan malay town nie. Hehe.





Dah lama sebenarnya kami tak makan di luar bersama. Sesekali bawak tok keluar makan ni, bukan main selera lagi tengok dia makan sate. Sekali sekali berubah suasana kan, selera pun berubah.

* Tak banyak gambar untuk di kongsi sebab kabur. Maklumlah guna hp jer.... :)


Thursday, December 27, 2012

Majlis Mengulit Kenangan

Tengok tajuk tu bukan main la lagi kan. Hi-Tea di Strawberry Park Cameron Highlands ni diadakan sempena pertukaran Puan Hasni bt Ab Rahman, cc di Pentadbiran & Kewangan. Nak di katakan majlis perpisahan pun tak juga, mungkin lebih kepada majlis makan-makan dan santai bersama famili Khidmat Pengurusan. Bukan senang nak kumpulkan dengan famili sekali.




Kalau nak cerita tentang cc aku nie memang banyak. Mungkin kita leh tunggu admin blog pedata titiwangsa untuk bercerita lanjut. Tapi secara peribadi untuk aku, beliau merupakan orang yang bertanggungjawab membawa aku sehingga ke tahap sekarang dalam menjalankan tugas di Unit Pentadbiran dan Kewangan. Walaupun aku cuma seorang petugas barisan hadapan tapi beliau telah membawa aku pusing satu pentadbiran. Belajar membuat serba sedikit kerja kewangan, perkhidmatan, surat menyurat, menjadi urusetia program-program peringkat daerah. Bukan senang tau untuk belajar semua tu dalam masa 10 tahun kat sni. Tapi sekarang jangan tanya la sangat pasal semua tu, sebab banyak yang dah lupa, sikit-sikit tu boleh la. Hahaha... Ye la sekarang kakitangan dah ramai untuk menjalankan tugas masing-masing. Jadi aku kembali dengan tugas hakikiku. Di sebabkan ajaran beliaulah juga aku lulus periksa perkhidmatan dulu, nak harapkan aku membaca buku yang tebal tu tak la kot, novel Insya Allah boleh :)

Eh, nampak macam membodek ke? Takkan!. Apa aku katakan tu sekadar berkongsi pengalaman bekerja dengan beliau. Dah la, tak boleh cerita lebih-lebih nie, nanti dapat surat layang pulak aku ni. Hahaha.....

Terima Kasih CC atas tunjuk ajar selama ini dan maafkan atas kenakalan kami semua selama bertugas bersama :) .....