Sunday, January 08, 2012

Hariz @ ICT

Sejak hariz belum pandai jalan lagi, aku dah mula berangan-angan nak bawa dia ke sini. Tapi tahun demi tahun asyik lalu jer kat situ. Tak berkesempatan nak pergi. Akhirnya tahun ni dapat la juga bawa dia ke sini. Bukan main seronok lagi dia bergambar. Tapi sayangnyer takut ngan replika harimau, cemas jer muka kena paksa bergamba dok atas binatang tu..

Shah Alam.... Peace Yo!
A4 (Aniqah, Amira, Ain dan Adam) -bley buat group nie

                    
Bersama Mak De n Pak Ngah

Seronok, tapi panas, mungkin sebab orang yang terlalu ramai. Insya Allah kalau ade kesempatan kami datang lagi, banyak lagi tempat yang belum diteroka kat dalam tu.

Monday, December 26, 2011

Apabila Hariz Potong Rambut

Jumaat yang lalu, bawa si hariz nie pergi potong rambut. Dah panjang sangat, kalau tak silap last potong dekat raya haji yang lalu. Rambut dia nie cepat jer panjang, tebal jer nampak, tak padan ngan badannya yang slim..




Masuk nie dah kali kedua potong rambut ngan perempuan. Agak kurang serasi... emmm, tak memenuhi citarasa. Kena potong kat tempat biasa gak... tapi tak de masa nak pegi, so tangkap muat jer yang mana sempat... Kira ok la, asal nampak kemas....