'10' yang bertuah untuk aku. Macam-macam tuah yang datang bergolek-golek dalam bulan Oktober nie
Samsung Champ nie aku dapat 'Grand Prize' masa Malam Keluarga Kelab Pedata sempena Hari Keluarga Di Pulau Langkawi pada 22 Oktober.
Ini pula si kecilku yang dapat pakaian kanak-kanak lelaki terbaik pada malam tu. Ape yang terbaik pun tak tau la, maybe sebab rambut pacak tu yang menarik perhatian juri. Hehe.. x pun sebab tgk aksi nie
Menari ntah ape-ape
Yang ini pulak aku dengan 2 lagi rakan yang lagi kat opis tu masuk pertandingan mencari kesalahan tatabahasa sempena Bulan Bahasa Kebangsaan. Yang bestnyer, kami bertiga top 3 ar, 1,2,3 kami sapu. Hehe...
Selain dari tu sempena bulan bahasa nie, aku juga mengambil kesempatan mengarang sajak.. Tapi dapat saguhati jer.. dah lama tak mengarang, keras jer rase bahasa....
Bulan Oktober nie jugak adalah bulan yang sibuk buat aku. Sampaikan xde masa nak ber blog nie... Terpaksa mencuri... mencuri masa :)
Monday, October 31, 2011
Friday, September 16, 2011
Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 54
Hari nie diadakan Sambutan Hari Kemerdekaan ke 54 peringkat daerah. Sambutan merdeka tahun nie di buat pada 16 September 2011 yang juga merupakan Hari Penubuhan Malaysia memandangkan 31 Ogos 2011 jatuh kepada 2 Syawal 1432H, hari kedua umat islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Memandang tahun nie tak masuk apa ape penyertaan jadi aku ambil peluang nie untuk balik kampung sbb memenuhi beberapa undangan perkahwinan, (ceh, konon, mcm la org penting). Tapi sebelum balik tu aku menghabiskan masa kurang seminggu utk design banner dan juga placard untuk pertandingan perakakan hari nie.
Dengan masa yang agak terhad tu masa sempat la juga aku design setakat yang termampu jer. Tu pun puas gak la menjelajah dalam google nie mencari contoh-contoh yang ada.
Tahun nie tak de pemenang untuk setiap 1 kategori, pemenang dinilai dengan dicampurkan semua kategori. Tahun dulu-dulu ade la juga merasa tempias menang untuk placard n banner. Tempias jer la sebab tolong design kan jer... Melukisnya orang lain. Ape pun kalau menang tetap kemenangan bersama. Cuma tahun nie agak kurang bernasib baik. Cuba lagi tahun akan datang.
Memandang tahun nie tak masuk apa ape penyertaan jadi aku ambil peluang nie untuk balik kampung sbb memenuhi beberapa undangan perkahwinan, (ceh, konon, mcm la org penting). Tapi sebelum balik tu aku menghabiskan masa kurang seminggu utk design banner dan juga placard untuk pertandingan perakakan hari nie.
Dengan masa yang agak terhad tu masa sempat la juga aku design setakat yang termampu jer. Tu pun puas gak la menjelajah dalam google nie mencari contoh-contoh yang ada.
Ini lah placard yang sempat aku siapkan semalam.
Banner tahun nie tak sempat nak lukis, 'print' di kedai jer
Subscribe to:
Posts (Atom)



