Saturday, July 02, 2011

Happy Birthday Sayang......

Hari nie hari lahir Adam. Kini Adam di usia 3 tahun. Kalau di tanya umurnya, pasti dengan susah payah dia akan menunjukkan 3 jarinya. Pantasnya masa berlalu....
Sebenarnya tak rancang pn nak wat camnie, tapi entah camner, perancangan awal nak wat bbq kat umah mak yang pada awalnya tak jadi tetiba jadi pulak. Tu pun petang tadi akak aku call bgtau bbq on. X sempat nk cari goodies...
Besday nie wat sekali ngan aiman yang hari lahirnya pada 4/7. Kira nie sambut peringkat famili la. Peringkat sekolah 2nd time nnt.. hehehe... Happy Besday yer Aiman....

Tengok tu masing-masing x sabar nak potong, lilin pun belum tiup lagi


Bukan setakat birthday boy yang 2 orang tu jer yang bersemangat nak tiup, naufal yang sebelah adam tu pn tiup sekali. Tolong-menolong, nnati kalu lambat padam, lambat pulak dapat makan kek.

Akhirnya adam potong kek sempena ulangtahun kelahirannya. Member kat sebelah tu pun dah siap sedia menanti....  Happy Birthday Sayang..  

Tuesday, June 28, 2011

Jalan-Jalan Petang-petang

Jarang rasenyer bawa adam jalan-jalan kat tempat-tempat rekreasi kalau balik bercuti di Kuantan. Asyik pergi shopping kompleks n makan jer. Petang tadi, bawa pergi ke Taman Teruntum. Zoo nie bukanlah zoo pertama yang adam pergi, tapi aku teruja skit nak bawa dia ke sini, sebab nie antara tempat yang ayah aku pernah bawa kami adik beradik jalan-jalan.



tak ramai orang waktu kami pergi tu, mungkin sebab dh petang atau mungkin sebab tempat ni dalam renovation, atas sebab tu juga tak banyak binatang yang dapat tengok memandangkan ade kawasan yang ditutup. Mungkin lain kali boleh bawa lagi.

Seterusnya kami ke Teluk Cempedak, mengisi perut dengan GCB. Adam pulak dengan hidangan 'istimewa'nya sambil jalan-jalan mengisi waktu petang....