Saturday, November 09, 2013

Majlis Ikhtifal dan Penyampaian Hadiah

Pagi tadi telah diadakan Majlis Ikhtifal dan Penyampaian Hadiah Tabika Islam MUIP Cameron Highlands di Dewan Hotel Cool Point, Tanah Rata.


Nampaknya sesi persekolahan hariz di tabika nie menghampiri penghujung nyer dah... Insya Allah tahun depan ke Pra-Sekolah pulak.


sebelum penyampaian sijil dan cenderahati tadi, ibu bapa yang hadir dihidangkan dengan persembahan dari anak-anak didik tabika ni. Banyak persembahan tadi, kalau tak salah dekat 10 buah persembahan... kalau dah banyak persembahan dah tentunya banyak lah kerenah budak-budak nie. Kelakar tengok, macam-macam aksi.. sabarnya la cikgu-cikgu dorang nie melatihnya.


Hariz gak tak ketinggalan turut serta dalam beberapa persembahan... sebelum majlis ni lagi memang dia ada bagitau yang di akan naik pentas, nak nyanyi katanya...


Sijil dan cenderahati di sampaikan oleh Al Fadhil Qadhi Daerah Cameron Highlands, Tn Mohamad Rizal bin Ali Nafiah..


Siap ada hadiah kategori keceriaan lagi tu. Hah... ceria la sangat..... hehe..

Semoga ape yang telah dipelajari di tabika ini terus menyerap seterusnya di amalkan dalam diri semua anak-anak ini. Insya Allah... Terima Kasih Cikgu....


Friday, November 08, 2013

Nak Ke Cameron Highlands Cuti-Cuti Ni?

Tetiba pulak terpanggil untuk berkongsi berita kat sini... bukan ape... sejak kejadian di Lembah Bertam tu ramai pulak yang telefon kat pejabat tanya pasal keadaan kat sini. Dorang takut nak datang melancong kat sini. Siap ada yang merangcang nak batalkan tempahan-tempahan yang dah dibuat kalau tak boleh datang sini.

Sebenarnya, bagi yang ingin melancong ke Cameron Highlands nie, keadaannya jalan masih boleh dilalui. Samada anda dari Simpang Pulai, Tapah mahupun Betau. Lagi pun Tanah Rata, Brinchang, Kea Farm dan atas dari itu tak terlibat semasa kejadian tu.

Kalau nak tau keadaan cuaca pulak, sepanjang 2 minggu nie, cuacanya kejap hujan dan kejap panas. Kadang tu pagi panas, petang hujan, kadang tu pagi hujan petang panas.

Cuti sekolah pun dah nak bermula kan. Rancanglah perjalanan anda. Pada yang telefon di pejabat untuk tau perkembangan semasa disini, Insya Allah, pertanyaan dan kemuskilan anda akan cuba saya bantu. Itu pun kalau pasal nak datang sini jerlah.. Kalau nak tanya pasal isu-isu panas disini harap maaf la... tak dapat nak nolongnyer... hehe

Ok... Selamat Bercuti walau dimana anda bercuti....:)