Sunday, December 02, 2012

Melancong Di Tempat Sendiri

Musim cuti sekolah ni memang ramai betul yang datang melancong di Cameron Highlands. Kawan-kawan dan sanak-saudara pun ramai yang datang. Mana yang kami boleh tolong kami tolong. Bukan ape kadang tu ade yang minta tolong carikan penginapan beberapa hari sebelum nak datang. Memang agak sukar la nak kami carikan kan dalam musim cuti yang macam nie. Paling lewat pun seminggu awal, itu pun kadang dah penuh.

Cerita pasal jalan melancong ke sini, kami biasalah, alang-alang dah bawak orang berjalan, kami pun join sekali la macam orang datang melancong. Tambah lagi melayan kerenah si hariz nie.

Di ladang Teh Sg Palas








Yang ini pulak aksi di Time Tunnel. Masuk ke sini buat si hariz ni tak nak balik. Nak memasak katanya. hehe






Bagi yang baru datang bercuti bersama keluarga, selamat bercuti dan bagi yang datang honeymoon, selamat berhoneymoon. Memang best honeymoon kat sini tambah lagi musim-musim macam nie. Hehe... 



2 comments:

Opec Rahman said...

Hurmm...tak pernah masuk time tunnel. next time nak pegi sana la. nak wat coverage pasal time tunnel plak

emy said...

dah beso anak teruna ko...makin ensom aunty tgk...