Monday, December 31, 2012

Hujung Tahun 2012

Tahun 2012 yang bakal ditinggalkan....Walaupun cuti ni tak dirancang sebab dah ambil cuti 24hb aritu tapi  jadual tetap penuh bila balik minggu nie.. Pada sebelah petang di pekan kami ikut abah pergi menjala, ala kat tempat yang aku pergi memancing kat sini. Tapi sayangnya tiada hasil yang memberangsangkan. Jadi sebelum jam 7 kami balik.

Si Adha nie sedang menunjukkan aksi menjala

Pada sebelah malam juga pula kami ke kuantan. Bersama familiku makan-makan di Satay Zul kat Malay Town. Suasana yang sunyi tiba-tiba jadi riuh rendah dengan budak-budak berlari lari bermain. Mujurlah dorang ni buat kat ruang luar. Kalau tak mau runtuh bangunan malay town nie. Hehe.





Dah lama sebenarnya kami tak makan di luar bersama. Sesekali bawak tok keluar makan ni, bukan main selera lagi tengok dia makan sate. Sekali sekali berubah suasana kan, selera pun berubah.

* Tak banyak gambar untuk di kongsi sebab kabur. Maklumlah guna hp jer.... :)


Thursday, December 27, 2012

Majlis Mengulit Kenangan

Tengok tajuk tu bukan main la lagi kan. Hi-Tea di Strawberry Park Cameron Highlands ni diadakan sempena pertukaran Puan Hasni bt Ab Rahman, cc di Pentadbiran & Kewangan. Nak di katakan majlis perpisahan pun tak juga, mungkin lebih kepada majlis makan-makan dan santai bersama famili Khidmat Pengurusan. Bukan senang nak kumpulkan dengan famili sekali.




Kalau nak cerita tentang cc aku nie memang banyak. Mungkin kita leh tunggu admin blog pedata titiwangsa untuk bercerita lanjut. Tapi secara peribadi untuk aku, beliau merupakan orang yang bertanggungjawab membawa aku sehingga ke tahap sekarang dalam menjalankan tugas di Unit Pentadbiran dan Kewangan. Walaupun aku cuma seorang petugas barisan hadapan tapi beliau telah membawa aku pusing satu pentadbiran. Belajar membuat serba sedikit kerja kewangan, perkhidmatan, surat menyurat, menjadi urusetia program-program peringkat daerah. Bukan senang tau untuk belajar semua tu dalam masa 10 tahun kat sni. Tapi sekarang jangan tanya la sangat pasal semua tu, sebab banyak yang dah lupa, sikit-sikit tu boleh la. Hahaha... Ye la sekarang kakitangan dah ramai untuk menjalankan tugas masing-masing. Jadi aku kembali dengan tugas hakikiku. Di sebabkan ajaran beliaulah juga aku lulus periksa perkhidmatan dulu, nak harapkan aku membaca buku yang tebal tu tak la kot, novel Insya Allah boleh :)

Eh, nampak macam membodek ke? Takkan!. Apa aku katakan tu sekadar berkongsi pengalaman bekerja dengan beliau. Dah la, tak boleh cerita lebih-lebih nie, nanti dapat surat layang pulak aku ni. Hahaha.....

Terima Kasih CC atas tunjuk ajar selama ini dan maafkan atas kenakalan kami semua selama bertugas bersama :) .....

Sunday, December 09, 2012

Hariz & Ultraman Mebius


Semalam bawa hariz jalan-jalan di Megamall, Kuantan ternampak jualan barang-barang ultraman. Si peminat ultraman ni dah tentunya akan melekat lama untuk memilih barang kesukaannya. Rupenyer masa nak bayar tu orang tu cakap dapat voucher untuk bergambar ngan mebius. Hariz pun ape lagi, tak sabar la nak jumpe hero yang konon-kononya tu. Beria la beratur kat depan pentas tu.





Bila tiba giliran dia naik pentas jalan ke arah mebius dan bersalam (mujur tak salam cium tangan,kalau tau mau aku gelak terduduk tengok hariz salam cium tangan mebius, hahaha). Bila pandang depan suruh senyum nampak cam dia gementar, mungkin terkejut tengok ramai orang kat depan agaknya. Tapi bila di suruh beraksi spontan dia wat gaya yang kebetulan sama dengan aksi mebius di belakangnya. Lucu tengok aksi adam hariz ni.









Sambil jalan-jalan, hariz tak melepaskan peluang bila di suruh berposing. Ultraman & CD tu tetap nak pegang jugak.






Thursday, December 06, 2012

Butter Crab.. Cuba Rase :)

Semalam beli ketam.Tapi tak tau nak masak pe. Biasa wat masak lemak or goreng berlada jer. kalau dah kering idea nie cik google la tempatnya. Google resepi ketam terjumpa la resepi butter crab nie.


Nampak menyelerakan tak. Alah memang kurang sikit la, gamba amik dengan hp jer. Tapi rase memang best la.


Resepi boleh google jer. Cuma versi aku nie banyak yang aku ubah. Tengok ape yang ade jer kat dapur. Butter aku gantikan dengan planta dan kuning telur masin tu aku gantikan dengan kuning telur ayam jer. Kalau yang aku ubah resepi nie pun rasenyer sedap, pasti resepi asal lagi sedapkan. Silakan menjamu selera...


Sunday, December 02, 2012

Melancong Di Tempat Sendiri

Musim cuti sekolah ni memang ramai betul yang datang melancong di Cameron Highlands. Kawan-kawan dan sanak-saudara pun ramai yang datang. Mana yang kami boleh tolong kami tolong. Bukan ape kadang tu ade yang minta tolong carikan penginapan beberapa hari sebelum nak datang. Memang agak sukar la nak kami carikan kan dalam musim cuti yang macam nie. Paling lewat pun seminggu awal, itu pun kadang dah penuh.

Cerita pasal jalan melancong ke sini, kami biasalah, alang-alang dah bawak orang berjalan, kami pun join sekali la macam orang datang melancong. Tambah lagi melayan kerenah si hariz nie.

Di ladang Teh Sg Palas








Yang ini pulak aksi di Time Tunnel. Masuk ke sini buat si hariz ni tak nak balik. Nak memasak katanya. hehe






Bagi yang baru datang bercuti bersama keluarga, selamat bercuti dan bagi yang datang honeymoon, selamat berhoneymoon. Memang best honeymoon kat sini tambah lagi musim-musim macam nie. Hehe...