Malam tadi kami meraikannya bersama di Equatorial Hotel Cameron Highlands. Meriah juga la makanannya, selain tu ade gak demo masakan melayu, cina, india dan juga barat yang dipersembahkan untuk kaum-kaum ibu. Tapi aku x sempat nk tengok kesemuanya, sebab sibuk mengawal hariz (konon, padahal sibuk memilih makanan).
Selamat Hari Ibu juga aku ucapkan kepada ibuku, insan yang telah menempuhi kesakitan dan kepayahan untuk melahirkan dan membesarkan aku. Kesakitan melahirkan telah pn aku rase kini, cuma aku xtau macam mana la agaknya susahnya ibuku menggantikan puasa selama sebulan sbb aku dilahirkan sehari sebelum ramadhan. Yang tinggal puasa seminggu je pn cukup susah nk berganti :)
Selamat Hari Ibu juga buat ibu mertuaku. Selama aku berada dalam famili nie aku terfikir sesuatu. Sabarnyer la mak aku nie melayan kerenah anak-anak lelaki yang banyak songeh dan anak-anak perempuan yang over manja tu (hahaha, jangan marah ek) Betul, ikhlas. Kalau mak aku, sorryla nak melayan camtu.
Walau ape pn, pada aku kedua-duanya adalah ibu yang terhebat. Selamat Hari Ibu.
Terima Kasih juga buat Pn. Nurulhuda bt Mohammad Yusuf kerana sponsor kami pada malam tu :)
No comments:
Post a Comment