Monday, May 30, 2011

Genap Setahun

Hari nie genap setahun kelahiran dan juga pemergian Nur Qaisara Jannah. Sekejap jer rasa masa berlalu. Masih aku terasa saat-saat melahirkannya. Masih aku terbayangkan wajahnya, betapa comelnya dia.. Masih aku terase kehangatan menyentuhnya dan masih aku dapat rasakan kehangatan air mata yang jatuh ke pipiku.

Bukan aku tidak dapat menerima hakikat. Aku menerima ketentuanNya ini sebelum dia dilahirkan. Cuma aku hanya manusia biasa. Kenangan itu tetap mengusik jiwa.

Untuk sekali lagi... Entahla, aku belum bersedia sepenuhnya. Ape yang aku alami semasa mengandung dlu membuatkan aku serik untuk mengandung lagi. Biarlah ape yang aku alami itu menjadi rahsia hatiku.........

Thursday, May 12, 2011

Bengkel KIK

Sejak semalam hingga esok aku akan berada disini.. belajar dan juga menyiapkan ape yang patut...

Nie la team nya. Tengok tu, memberi tumpuan penuh bagi memberikan persembahan pada hari esok. Aku tolong skit-skit jer, tolong tengok.....

Dan inilah hasil tolong tengok aku.. sejak semalam baru hari nie aku perasan ade salah ejaan .....

Monday, May 09, 2011

Selamat Hari Ibu


Malam tadi kami meraikannya bersama di Equatorial Hotel Cameron Highlands. Meriah juga la makanannya, selain tu ade gak demo masakan melayu, cina, india dan juga barat yang dipersembahkan untuk kaum-kaum ibu. Tapi aku x sempat nk tengok kesemuanya, sebab sibuk mengawal hariz (konon, padahal sibuk memilih makanan).

Selamat Hari Ibu juga aku ucapkan kepada ibuku, insan yang telah menempuhi kesakitan dan kepayahan untuk melahirkan dan membesarkan aku. Kesakitan melahirkan telah pn aku rase kini, cuma aku xtau macam mana la agaknya susahnya ibuku menggantikan puasa selama sebulan sbb aku dilahirkan sehari sebelum ramadhan. Yang tinggal puasa seminggu je pn cukup susah nk berganti :)

Selamat Hari Ibu juga buat ibu mertuaku. Selama aku berada dalam famili nie aku terfikir sesuatu. Sabarnyer la mak aku nie melayan kerenah anak-anak lelaki yang banyak songeh dan anak-anak perempuan yang over manja tu (hahaha, jangan marah ek) Betul, ikhlas. Kalau mak aku, sorryla nak melayan camtu.

Walau ape pn, pada aku kedua-duanya adalah ibu yang terhebat. Selamat Hari Ibu.

Terima Kasih juga buat Pn. Nurulhuda bt Mohammad Yusuf kerana sponsor kami pada malam tu :)