Assalamualaikum...
Rindunya rasa hati ini. 2 tahun meninggalkan blog nie. Walau banyak benda yang ingin diceritakan namun banyak sangat kekangannya. Faktor mood, kerja di office di rumah di sekolah anak... dan bertambah tambah kekangan lagi bila komputer and laptop kat rumah rosak. Bukan tu jer.. tab pun rosak... Tak terganti rasanya bila semua rosak hampir serentak... Huhu. bertabahlah...
Hari nie dah 26 Ramadhan. Semakin hampir Ramadhan meninggalkan kita. Dan Ramadhan ini menjemput rasa rindu pada orang-orang tersayang yang telah pergi. Arwah Aki yang pergi meninggalkan kami pada Ramadhan 19 tahun lalu. Rindu dengan Arwah tok yang dulu masih memasak dan tetap mahu bantu buat persiapan raya walaupun hanya mampu duduk sahaja di waktu itu.
Dan rindu yang teramat kepada puteriku... yang pergi 2 bulan sebelum ramadhan 8 tahun yang lalu. Walau 8 tahun telah berlalu... namun entah kenapa rasa bersalah kepadamu masih sukar untuk diluputkan. Kalau masa boleh diundur, takkan ku pinta untukmu tunggu sehingga mama pulang sayang. Namun mama redha. Sesungguhnya DIA hanya pinjamkanmu hanya dirahim ini anakku... untuk kita bertemu disana nanti. Dikau pergi membawa rasa rindu dan sayang ini bersamamu.
............................................................... Al-Fatihah .............................................................
#19011999
#27032014
#30052010
-My Life-
Monday, June 11, 2018
Saturday, November 05, 2016
Pengasuh Yang Ke 5 Untuk Amni
Alhamdulillah. Permulaan cuaca yang baik pagi nie. Harap biarlah sampai ke petang, dapatlah baju-baju nie kering. Bukan apa sepanjang minggu nie selalu jer hujan petang, maka habislah baju-baju yang aku jemur pagi tu basah, terpaksa basuh semula pastu jemur lagi, hujan lagi, basuh, jemur lagi... bertambah-tambah baju hari demi hari. Tak pe lah... hujan tu pun satu rahmat juga kan.
Hari nie bukan nak cerita pasal hujan. Tapi nak cerita pasal pengasuh Amni. Masuk minggu ni, dah 2 minggu aku hantar Amni dengan pengasuh yang baru. Kali nie dah masuk pengasuh ke 5 untuk si kecik yang belum sampai umur 2 tahun ni. Bukan sebab si kecik ni banyak kerenah dan orang tak mau jaga. Rata-rata cakap Amni ni baik dan senang jaga. Cumanya, 3 daripada 4 yang sebelum nie mengandung dan yang seorang lagi tu anak sudara kawan yang baru abis belajar, so aku hantar sementara dapat pengasuh lain waktu tu.
Aku bersyukur sangat-sangat sebab setakat nie ibu-ibu yang mengasuh Amni jaga Amni dengan baik. Masa mula-mula nak tukar pengasuh memang agak risau, sebab Amni dah kenal dan memilih orang, jadi aku risau la nanti dia tak nak dan nangis. Aku mengambil pendekatan dengan pergi ke rumah pengasuh tu sebelum betul-betul hantar. Maksudnya aku bawak dulu Amni ke situ, sembang-sembang sekali dengan kat rumah tu. Sambil aku sembang-sembang ngan ibunya tu, aku lepaskan dia main-main. Biar dia kenal ngan suasana dalam rumah tu. Kiranya hari yang nak hantar tu nanti, tak lah dia terkejut pulak kan.
Kita juga sebagai mamanya, kenalah sentiasa doa yang baik-baik untuk anak kita kan. Mungkin ada yang lebih selesa untuk menghantar anak-anak tinggal dengan mak sendiri kan. Kalau dekat, tak mengusahkan mereka dan mereka yang nak jaga oklah kot. Tapi kalau jauh... ohhhh tidak... tak sanggup aku berpisah dengan anak-anak. Lagi pun pesan ayah semasa kami belum kawin dulu selalu bermain kat fikiran aku. Ayah tak nak kami hantar anak-anak untuk mak jaga.
Aku tau, ayah cakap macam tu bukan sebab tak sayang kami atau cucunya, tapi dia nak kami merasai sendiri pengalaman membesarkan anak-anak. Susah senang seronok sedih... Dan semestinya aku memahami bila kami dah ada kehidupan sendiri inilah juga masa untuk mak dan ayah berehat.
Jadi terpulanglah kepada pilihan masing-masing dan walau apa pun pilihannya, kita buat untuk kebaikan anak-anak kita. Insha Allah.

Subscribe to:
Posts (Atom)